suria

Taufik masih dahagakan gelaran dunia

HYDERABAD: Pemain utama Indonesia Taufik Hidayat, yang menjuarai Terbuka India di sini April lepas, berkata beliau masih dahagakan gelaran pada Kejohanan Badminton Dunia di sini.

"Saya berada di sini untuk membuktikan bahawa saya masih belum hilang dari pentas dunia," katanya kepada pemberita selepas mengatasi pemain Denmark Jan O Jorgensen pada saingan suku akhir di sini malam Jumaat.

Pemain veteran itu terpaksa berhempas pulas sebelum menundukkan Jorgensen 21-19, 21-19 sebelum menentang pemain China Chen Jin pada separuh akhir esok.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, pemain China Lin Dan akan menentang Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia, yang menyingkirkan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei pada peringkat suku akhir.

KEPUTUSAN SUKU AKHIR

Perseorangan Lelaki:

Sony Dwi Kuncoro (INA) mn Lee Chong Wei (MAS) 16-21, 21-14, 21-12; Taufik Hidayat (INA) mn Jan O Jorgensen (DEN) 21- 19, 21-19; Chen Jin (CHN) mn Simon Santoso (INA) 21-10, 21-13; Lin Dan (CHN) mn Peter Gade Christensen (DEN) 22-20, 21-16.

Beregu Lelaki:

Mohd Zakry Latif/Mohd Fairuzizuan Tazari (MAS) mn Cho Gun Eoo/Yoo Yeon Seong (KOR) 17-12, 21-12, 21-14; Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (MAS) mn Tony Gunawan/Howard Bach (USA) 22-20, 13-21, 21-7. BERNAMA

Artikel Lain