suria

Golf: Pemain Singapura dahului pusingan pertama Kejohanan Jemputan Masters Negeri 2009

KUALA LUMPUR: Pemain Singapura, Lam Chih Bing mendahului pusingan pertama kejohanan golf Jemputan Masters Negeri Salcon 2009 di Kelab Golf Antarabangsa Seremban semalam.

Lam membuat tujuh birdie tiga berturut-turut bermula di lubang pertama dan menambah empat lagi di lubang ke-6, ke-10, ke-11 dan ke-13.

Naib juara kejohanan tahun lepas dan juara Selangor Master 2007, Antonio Lascuna dari Filipina dan P. Atthaphon dari Thailand berkongsi tempat kedua dengan melakukan dua pukulan di belakang Lam, lima di bawah par 67.

Pemain tempatan, C.M. Chong dan Ahmad Jamil terikat di tangga keempat dengan membuat pukulan empat bawah 68 bersama pemain dari Filipina, Mars Pucay dan Lu Chien Soon dari Taiwan.

Pemain profesional tempatan, Danny Chia dan Airil Rizman Zahari masing-masing membuat 72 dan 71 pukulan.

Kedudukan pusingan pertama. (Yang tidak dinamakan negara ialah peserta Malaysia).

65 Lam Chih Bing (SIN)

67 Antonio Lascuna (PHI), P. Attaphon (THA)

68 Mars Pucay (PHI), Lu Chien Soon (TPE), Chong Chi Ming, Ahmad Jamil

69 P. Gunasegaran, Chou Hung Nan (TPE), Thaworn Wiranchant (THA), Anis Hassan, Tseng Shih Hsin (TPE), Chen Po Ming (TPE), Juvic Pagunsan (PHI), Kim Young Jin (KOR).

BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain