suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TTEAM tundukkan Harimau Muda untuk rapatkan jurang mata

KUALA LUMPUR: TTeam merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Perdana, Harimau Muda setelah menundukkan skuad bawah 19 tahun kebangsaan itu 32 pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam semalam.

Setelah beraksi 20 perlawanan, Harimau Muda masih di tangga teratas dengan 52 mata mengatasi TTeam di tempat kedua dengan 47 mata.

Pada perlawanan malam semalam, Harimau Muda membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi rembatan kencang Irfan Faizal.

Skuad TTeam kemudiannya memperkemaskan rentak permainan dan seterusnya menjaringkan gol penyamaan menerusi Haris Safuawan Kamal pada minit ke-20.

Empat minit selepas jaringan pertama, TTeam menjadikan kedudukan 2-1 menerusi Rosdi Talib. Di minit terakhir babak pertama, Harimau Muda berjaya menjadikan kedudukan 2-2 menerusi jaringan Tamil Arus pada minit ke43.

Gol kemenangan TTeam hadir pada minit ke-68 menerusi jaringan Hairudin Omar. Sementara itu, Johor kekal di tangga ketiga walaupun tewas 0-1 kepada Kuala Lumpur di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Pasukan Selangor PKNS pula seri 1-1 dengan Sabah di Stadium Likas.

Di Stadium Sarawak, Tentera mencapai kemenangan apabila menewaskan pasukan tuan rumah Sarawak 2-1 manakala Proton FC menang 4-0 dengan Felda United di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Pasukan tercorot liga, SDM Kepala Batas pual sekadar seri 0-0 dengan Melaka di Stadium Batu Kawan.BERNAMA

Artikel Lain