suria

Johor FC belasah Kedah 5-1 dalam Liga Super

KUALA LUMPUR: Pasukan Johor FC mencipta kejutan apabila membenam Kedah 5-1 pada perlawanan tunggal Liga Super di Stadium JCorp, Pasir Gudang, Johor Baharu, Sabtu malam.

Tanpa disangka, Johor FC memulakan jaringan seawal minit ketiga menerusi pemain tengah Eddy Helmi Manan sebelum menambah jaringan melalui Mohd Helmi Azuan Goyah pada minit ke-36 dan Wan Rohaimi Wan Ismail pada minit ke-43.

Johor FC kembali semula pada babak kedua dengan semangat berkobar-kobar untuk mengumpul tiga mata penuh dan memperkukuhkan kedudukan menerusi jaringan Mohd Fared Idris pada minit ke-48.

Bagaimanapun, Kedah, yang menduduki tangga ketiga dalam liga, memperoleh gol sagu hati menerusi Shafiq Jamal pada minit ke-56 sebelum Johor FC menutup tirai jaringan pada minit ke-78 menerusi Mohd Safwan Riduan.

Kemenangan itu membolehkan Johor FC menduduki tangga keenam dalam liga dengan mengumpul 42 mata daripada 24 perlawanan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER

Artikel Lain