Asia perlu keluar dari takuk lama - bekas kapten India - Sukan | mStar

Asia perlu keluar dari takuk lama - bekas kapten India

JOHOR BAHARU: Hoki Asia perlu keluar dari takuk lama jika ingin mengembalikan era kegemilangan masa lampau di persada antarabangsa, kata bekas kapten India Atjipal Singh.

Beliau percaya kecuali Asia bersedia meninggalkan pegangan masa lalu dengan melakukan perubahan corak permainan, sikap dan pendekatan dalam sukan itu maka negara Asia terpaksa berhempas pulas menempa nama di arena antarabangsa.

"Corak hoki Asia dengan kepakaran menggelecek dan kemahiran mengawal permainan tidak lagi relevan pada sukan yang dikuasai oleh Eropah ketika ini," kata bekas kapten itu yang membantu India menjuarai Piala Dunia di Kuala Lumpur pada 1975.

"Apa dia kemahiran individu...ianya tidak ada tempat dan tidak perlu pada hari ini. Anda perlu sentiasa menggerakkan bola dalam padang dan oleh itu tidak perlu menggelecek untuk sampai ke kawasan D.

"Oleh itu apa yang yang anda perlu sebagai pemain ialah kelajuan dan ketepatan menghantar bola," kata Atjipal, 62, yang tiba di sini untuk percutian singkat.

Atjipal, yang tinggal di New Delhi, merupakan pengerusi jawatankuasa pemilihan dalam Persekutuan Hoki India dan juga memainkan peranan penting dalam pembidaan negara itu menganjurkan Piala Dunia di ibu negara itu tahun depan.

Beliau juga menyentuh tahap kecergasan pasukan Asia sambil menyatakan bahawa pengenalan padang tiruan telah mengubah sukan itu secara menyeluruh.

"Padang tiruan amat menyeksakan kerana pergerakan bola adalah pantas dan anda perlu berada pada tahap kecergasaan yang tinggi. Sekarang ini, saya perhatikan pasukan Asia memulakan kejohanan dengan baik tetapi lama kelamaan, tahap kecergasan menurun," katanya.

Atjipal berkata pemain perlu menyesuaikan diri dengan padang tiruan pada usia yang lebih awal tetapi kekurangan gelanggang tiruan khususnya di India dan Pakistan menjejaskan kemajuan prestasi negara masing-masing.

"Ia sama untuk Malaysia. Anda pernah mempunyai pasukan mantap di peringkat remaja dan senior dan saya masih ingat datang ke sini dan membantu Persatuan Hoki Johor selama tiga bulan pada pertengahan tahun 80an.

"Ia adalah satu tempoh yang gembira dan saya lihat ramai pemain yang berbakat untuk ditonjolkan ke peringkat antarabangsa," katanya.

"Tetapi itu semua dahulu di mana pemain Eropah gentar dengan pemain Asia khususnya pemain India dan Pakistan.

Atjipal berkata Asia perlu bersikap positif dan memandang ke hadapan supaya bersedia 'mengejar' pencapaian pasukan Eropah dan Australia.

"Itu sahaja laluan yang perlu diambil oleh pasukan Asia bagi mengembalikan maruah benua ini yang pernah menguasai sukan di peringkat antarabangsa untuk sekian lama," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Sukan layar: Khairuneeta baiki kedudukan

Artikel Berikut

Bapa nafi Razik dijangkiti H1N1

Artikel Berkaitan

default image

Kedudukan pasukan Liga Perdana

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain