suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sukan layar: Khairuneeta baiki kedudukan

LANGKAWI: Pelayar pelapis negara, Khairuneeta Mohd Afendy yang menyertai kategori Byte C2 pada Kejohanan Sukan Remaja Asia (AYG) di Singapura berjaya membaiki kedudukan hari ini setelah kurang menyerlah sebelum ini.

Pengurus besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah menerusi emel kepada Bernama berkata Khairunneeta menamatkan dua perlumbaan kelas perempuan pada hari ketiga perlumbaan dengan menduduki tangga pertama dan kedua. Semalam beliau menduduki tangga keempat.

Seorang lagi pelayar pelapis negara, Mohd Amirul Shafiq menamatkan dua perlumbaan di tangga keenam dan ketiga.

Masih ada lima perlumbaan dan yakin jika angin terus bertiup kuat sasaran Malaysia meraih dua pingat akan berhasil, kata Mohd Afendy.

Tiupan angin hari ini antara 7 hingga 9 knot. BERNAMA

Artikel Lain