suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BOLA SEPAK LIGa PERDANA: TTeam tewaskan Sarawak, Harimau Muda menang tipis

KUALA LUMPUR: TTeam Terengganu yang memberi tekanan kepada pendahulu Liga Perdana Harimau Muda apabila Penyu Muda menewaskan tempat kedua dari bawah Sarawak 7-0, sementara Harimau Muda menang tipis 1-0 dengan Shahzan Muda.

Mengambil kesempatan penuh bermain di gelanggang sendiri Stadium Sultan Ismail Nasiruddin di Kuala Terengganu, pemain tengah TTeam Mohd Haris Safwan Mohd Kamal memberikan dirinya satu hatrik dalam perlawanan tersebut apabila pemain berusia 23 tahun itu yang berasal dari Selangor, memperoleh gol dalam minit ke-47, kemudian diikuti minit ke-63 dan ke-87.

Seorang lagi pemain tengah Hairuddin Omar seorang pemain berbakat, menambah dua gol dalam minit ke-72 dan ke-75, sementara masing-masing satu gol oleh pemain fowad, Mohd Kamal Rodiarjat Mohd Ali (ke-85) dan Azrul Hazran Amiruddin (ke-60).

Dengan 12 kemenangan, kelab yang beribu pejabat di Kuala Terengganu itu memungut 41 mata, perbezaan enam mata dengan pendahulu liga Harimau Muda (46 mata) yang menang tipis 1-0 dengan Shahzan Muda.

Bermain di Stadium Darul Makmur, Kuantan, penyerang Harimau Muda atau Kebangsaan Bawah 20 Mohd Aminuddin Shaharudin memungut gol tunggal dalam minit ke-23.

Tujuh lagi perlawanan diadakan sebelum musim ini berakhir pada 24 Julai. BERNAMA

Artikel Lain