suria

[VIDEO] Ungkit hubungan retak dengan Janna Nick, Sheila Rusly bagi amaran keras! - “Jangan sampai saya buka cerita, tak cukup kain nak tutup muka nanti”

TIDAK semena-mena kisah lama hubungan retak antara pelakon Janna Nick dan penerbit Sheila Rusly kembali menjadi bualan netizen.

Rata-rata mempersoalkan status terkini hubungan dua selebriti berkenaan selepas retak sekitar awal 2019 berpunca daripada satu masalah yang tidak dapat dipastikan.

Tampil menjawab persoalan berkenaan, Sheila berkata dia sebenarnya sudah pun memaafkan Janna.

ARTIKEL BERKAITAN: Padam posting permohonan maaf kepada Intan Saleh, Izreen Azminda enggan keruhkan keadaan - “Tidak bermakna posting tu tiada, saya tak jadi minta maaf”

"Sudah dimaafkan. Tapi tak semudah itu untuk melupakan," demikian pengakuan Sheila menerusi mesej kepada mStar.



Komen netizen di Instagram Melodi yang mengaitkan nama Sheila dan Janna.

Ditanya sama ada Janna yang baru-baru ini mendedahkan menghidap penyakit bipolar menghubunginya bagi menjernihkan semula krisis antara mereka, Sheila bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Call? Mana dia berani. Cukup sampai sini," kata Sheila secara ringkas.

Malah Sheila, 50, juga mengelak untuk menjawab persoalan mengenai punca sebenar hubungannya dengan Janna musnah.

Sis tak kacau sesiapa pun. Jangan petik isu yang boleh buat sis bersuara.

SHEILA RUSLY

PELAKON / PENERBIT

Sebelum itu nama Sheila 'dipetik' netizen selepas program hiburan Melodi Raya menyiarkan sesi curahan hati antara pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Liana Saleh.

Rata-rata netizen mahu program berkenaan turut mempertemukan dan menghubungkan silaturrahim antara pengacaranya iaitu Janna Nick dengan Sheila.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sehubungan itu Sheila meluahkan perasaan marah dengan sikap warganet yang mengaitkan namanya tanpa sebab.



Perkongsian Sheila di Instagram.

"Sis geram sebenarnya. Sis tak kacau sesiapa pun. Jangan petik isu yang boleh buat sis bersuara. Sis pendam lama isu ni.

"Jangan sampai saya buka cerita. Tak cukup kain nak tutup muka nanti. Sis jadi marah sbb itu fitnah," katanya yang membahasakan dirinya dengan panggilan 'sis'.

Selain itu Sheila turut berkongsi paparan skrin daripada seorang pengguna Twitter yang menulis berkaitan hubungannya dengan Janna di ruangan Instastory.

"Tak silap aku Janna gaduh dengan Sheila sebab Sheila nak kenen anak sulung dia dengan Janna. Tapi Janna tak nak, tu gaduh tu.



Sheila berkongsi gambar kenangan bersama keluarga pada sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

"Pekerja JS Pictures yang cakap. Janna tolak secara baik dah tapi maybe sis Sheila sentap kot. Lepas tu ungkit-ungkit la jasa dia pada Janna," demikian tulis pengguna berkenaan di Twitter.

Bagaimanapun Sheila menyifatkan tuduhan itu adalah satu fitnah.

"Siapa tweet ni? Kelakar rabak! PKP banyak masa nak memfitnah. Nak buka kes ke? Jom la kalau berani.

"Nak kenen dengan anak Sheila Rusly? Lambat lagi!" katanya sebagai jawapan kepada individu tersebut.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain