suria

Aura wanita ke-19 dah pudar... Da'i Farhan cerai isteri sedang hamil, ulang sejarah lama

Dai Farhan dan Dr Erin (gambar kiri) bercerai pada hujung April lalu.

ISTERI bagi perkahwinan kedua pendakwah bebas, Dai Farhan yang dikenali sebagai Dr Erin mengesahkan dia sudah diceraikan suaminya itu pada hujung April lalu.

Menurut Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40, penceraian itu atas permintaannya dan keputusan tersebut dicapai hasil persetujuan bersama demi kebaikan semua pihak termasuk bekas madu, Fatin Nurul Ain.

"Untuk pengetahuan semua ustaz telah pun melafazkan cerai kepada saya pada 27 April selepas saya sendiri meminta untuk dilepaskan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah anti-poligami, isteri dedah rela bermadu selepas dapat jawapan Da'i Farhan - “Saya cari jalan mudah ke syurga”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Da’i Farhan dituduh tipu urusan sijil halal Jakim, KKM bernilai RM10,050

"Saya yakin ini yang terbaik untuk kami bertiga kerana saya tahu pihak sana juga (bekas madu) tak boleh move on.

"Perceraian ni saya yang minta sebab saya dah penat dengan episod kejap kata nak rujuk sana dan nak ceraikan saya, kejap tak jadi cerai saya dan nak pujuk sana untuk bermadu dengan saya, kejap nak cerai balik... saya tahu ustaz pun serba salah kerana itu saya memilih untuk diceraikan dengan rela," katanya menerusi Instagram pada malam Selasa.



Erin dedah status rumah tangga di Instagram.

Sementara itu, Erin memaklumkan dia mengizinkan Da'i Farhan atau Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 30, untuk kembali kepada bekas isteri kerana suaminya itu enggan berpisah jauh dengan anak-anak sejak Februari.

Sepanjang tempoh tersebut, Erin mengakui pasrah menantikan waktu diceraikan suami sehinggalah mendapat perkhabaran sudah hamil baru-baru ini.

"Pada 11 Februari lalu saya mengizinkan ustaz untuk kembali dengan bekas isteri kerana selepas ustaz pulang dari ziarah anak-anaknya, ustaz cakap dia tak boleh berjauhan dengan anak-anak.

"Pihak sana bagi syarat nak duduk dengan anak boleh... tapi dengan menceraikan saya sebab mentua dia takkan bagi anak dia bermadu... sebabkan terlalu sayang ustaz, saya cakap pada ustaz bawa saya jumpa mak ustaz dan bekas madu untuk saya serahkan ustaz balik.



Erin mengalah demi kebahagian suami dan anak-anak.

"Saya mengalah dan tak harapkan apa-apa daripada ustaz, cuma menunggu masa nak diceraikan saja. Sejak bulan Februari nak cerai ada saja masalah datang sampailah saya nekad nak akhiri pada bulan Ramadan demi kebaikan semua tapi saya tahu mengandung pula... tapi saya nekad dengan keputusan untuk mengakhirinya," ujarnya.

Menerima ketentuan tersebut dengan hati terbuka, Erin meminta masyarakat tidak lagi mengaitkan dia dengan pendakwah bebas tersebut.

Dalam masa sama, dia memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tergores hati sepanjang perkahwinannya dengan Nik Farhan.

"Saya harap selepas ini tolong jangan kaitkan ustaz dengan saya, apa-apa yang saya post adalah atas diri saya sendiri yang hina ini, yang baru nak dapat hidayah ini sememangnya tak layak dengan golongan agamawan.



Pasangan ini bercerai ketika Erin sedang hamil.

"Biarlah ustaz jalani kehidupan dia seperti biasa dengan ketenangan dan kebaikan... akhir kata saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yang tergores hati dan terkesan atas pernikahan saya dengan ustaz. Saya tak minta jadi macam ni.

"Saya terima lamaran ustaz dulu kerana ilmu agama dan kebaikan yang saya nampak dalam diri ustaz masa tu dan saya sangat berharap ustaz boleh membawa saya ke syurga," katanya.

Pada November tahun lalu, perkahwinan Nik Farhan dengan janda anak lapan iaitu Erin di Makkah mendapat perhatian masyarakat apabila dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin.

Bagaimanapun, Nik Farhan kemudiannya mengambil keputusan menceraikan isteri pertamanya yang ketika itu sedang sarat mengandung anak kedua mereka dan perceraian dengan talak satu itu dilafazkan menerusi rakaman suara di aplikasi WhatApps.

Pada awal Mac lalu, Dr. Erin dihadapkan ke Mahkamah Majsitret Kuala Lumpur atas tuduhan menipu.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun dengan sebat serta denda.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Dai Farhan, Erin, artis cerai,

Artikel Lain