Nor Hidayah komen dakwaan enggan jernihkan hubungan dengan keluarga mentua, sebak... anak dah mula panggil ayah!”

Hidayah sedih Hamzah sudah mula mencari bapanya.

KRISIS antara Ali Puteh dan balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah kembali menjadi perbualan apabila pelawak itu mendakwa tidak dibenarkan bertemu anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 11 bulan.

Bagaimanapun, Norr Hidayah ketika dihubungi mStar enggan bercakap panjang mengenai hal itu sebaliknya meminta doa yang terbaik untuk dia dan anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Balu Abam dedah kereta ditarik, tidak dapat harta peninggalan... Aliff Syukri dituduh punca pecah belah!

“Untuk perkara itu, saya minta maaf. Saya tidak mahu beri apa-apa kenyataan berkaitan ini.

“Doakan yang baik-baik untuk saya, Hamzah dan keluarga, ” katanya.



Abam meninggal dunia pada 10 Februari lalu.

Ali menerusi artikel sebuah portal hiburan mendedahkan tidak diberi peluang bersemuka dan menjernihkan keadaan antara mereka setelah disekat oleh Nor Hidayah di laman sosial.

Namun Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Redzuan, 31, akur dengan apa yang terjadi dan enggan meletakkan kesalahan tersebut kepada mana-mana pihak.

Abam Bocey, atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada 10 Februari lalu.

Dalam pada itu, Nor Hidayah meluahkan rasa sedih melihatkan anak lelakinya yang sedang belajar berjalan tercari-cari dan memanggil bapanya.

“Sekarang Hamzah dah nak pandai berjalan sambil tercari-cari ayahnya. Bila nampak gambar ayahnya yang saya tampal di dinding, perkataan pertama yang Hamzah sebut adalah ‘ayah’.

"Sayunya hati saya bila perkataan pertama yang disebut adalah ayah. Setiap kali dia nak tidur, mesti dia akan peluk gambar ayahnya dan terus tidur. Pandai dan cerdiknya anak ibu," ujarnya.

Sementara itu, Nor Hidayah mengakui terkesan dan sedih apabila menjalani ibadah Ramadan tahun ini tanpa suami di sisi.

“Suasana menyambut Ramadan tahun ini berbeza tanpa suami di sisi, sedih yang tak mampu saya ungkapkan dengan kata-kata.

"Biasanya, masa bersahur saya akan masak untuk bersahur bersama-sama. Manakala sebelum waktu berbuka, saya dan arwah suami saya akan masak bersama-sama untuk juadah berbuka puasa, saling tolong-menolong, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Nor Hidayah, Abam Bocey, Ramadan, rindu,

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain