“Saya tiada masalah kerja dengan dia” - Isu bayaran teater Korupsi Dewan Semandung, konsert sulung Khai Bahar di IB jadi tanda tanya

Khai Bahar tiada masalah untuk terus bekerjasama dengan Ogy

SUSULAN isu bayaran tertunggak teater Korupsi Dewan Semandung, nasib penyanyi Khai Bahar yang sepatutnya melangsungkan konsert solo pertamanya Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia pada Mac lalu menjadi tanda tanya ramai pihak.

Menurut Khai, konsert dengan kerjasama syarikat milik Fauziah Ahmad Daud iaitu Ogy Ventures & Network Sdn Bhd yang terpaksa ditunda berikutan penularan Covid-19 itu masih belum diputuskan sama ada diteruskan atau tidak.

"Soal itu, saya serahkan kepada pihak pengurusan saya kerana mereka lebih arif untuk membuat keputusan."

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Khai Bahar bukan batal tapi ditangguh - “Perancangan Allah itu jauh lebih baik”

ARTIKEL BERKAITAN: Ogy Ahmad Daud mengaku tak ada duit langsai hutang teater Korupsi Dewan Semandung - “Tapi bukan saya tak bayar langsung ya!”

"Setakat ini, tiada sebarang isu untuk konsert ini dibatalkan dan tiada isu negatif yang saya dengar dari pihak pengurusan saya."

"Sebagai seorang anak seni, walaupun tiada masalah sepanjang bekerja dengan Ogy saya percaya ada sebab di sebalik isu yang berlaku," ujarnya kepada mStar.

Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia ditangguhkan berikutan kes penularan Covid-19.

Tambahnya, perkara berkaitan bayaran adalah isu yang sering dihadapi oleh golongan anak seni, namun dia percaya ada sebab tertentu masalah itu terjadi.

Khai berkata, masalah itu boleh diselesaikan dengan cara yang baik jika berkomunikasi dengan cara betul.

"Perkara ini juga pernah terjadi pada saya dengan pihak produksi lain, jadi bagi saya ia bukan soal dianiaya atau sebagainya. Apa yang berlaku, pasti ada sebabnya, jadi kita tak boleh nak salahkan satu pihak saja.

"Bagi saya sendiri, walaupun saya lambat dibayar, saya tidak mahu menuduh pihak tersebut secara melulu kerana ke mana saja kita pergi, kita tetap akan jumpa orang dengan sifat yang sama.

"Saya bukan seseorang yang cepat memberontak jika lambat bayar, jadi saya akan beri mereka masa untuk menyelesaikan isu itu, insyaAllah nanti akan ada rezeki," ujarnya.

Sebelum ini, beberapa pelakon teater terbitan Fauziah atau lebih dikenali sebagai Ogy meluahkan rasa kecewa apabila tidak mendapat bayaran seperti dijanjikan.

Malah, pengarah teater itu iaitu Khir Rahman mendedahkan Ogy telah menyekat dia dan pelakon lain di aplikasi WhatApps dan Instagram.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Khai Bahar, Ogy Ahmad Daud

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain