suria

Isteri Da’i Farhan dituduh tipu urusan sijil halal Jakim, KKM bernilai RM10,050

ISTERI kepada pendakwah bebas Da'i Nik Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan menipu seorang pelanggan berhubung urusan sijil halal.

Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Sehubungan itu Majistret Wong Chia Sia menetapkan 3 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Farhan dedah 18 wanita ajak kahwin terpaksa tolak! - “Calon ke 19 saya tiada kekuatan nak tolak kerana di Makkah”

ARTIKEL BERKAITAN: “Inilah perpisahan yang disebut membahagiakan” - Da'i Farhan, Fatin pula sudah maafkan walau tidak mampu melupakan

Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40, atau dikenali sebagai Dr Erin didakwa memperdayakan mangsa dengan menjanjikan untuk menguruskan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk jamu.

Tertuduh yang dikatakan seorang doktor neurologi dan ahli perniagaan didakwa melakukan kesalahan itu pada 21 Disember 2017 sehingga 26 Februari 2018 bertempat di Taman Keramat Wangsa, Kuala Lumpur.

Da'i Farhan turut hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, mangsa mendakwa dia sudah membayar sebanyak RM10,050 kepada tertuduh namun sehingga tahun lalu tiada sebarang proses mengenai perjanjian dibuat.

Turut kelihatan suaminya iaitu Da'i Nik Ahmad Farhan Nik Mohammad yang hadir ke mahkamah pada pukul 9.30 pagi Rabu.

Tertuduh diwakili peguam Shaik Abdullah dan tiba di mahkamah pada pukul 10.50 pagi dengan keadaan bergari serta memakai topeng muka.

Dia kemudiannya dibenarkan diikat jamin sebanyak RM4,000.

Da’i Farhan, Sijil Halal Jakim

Artikel Lain