suria

Liza Hanim bersuara dikutuk tak cantik, tak goyang kena hina - “Bahasa itu lagi penting dari paras rupa”

Liza akui kecaman tidak menjatuhkan semangatnya.

PENYANYI Liza Hanim meluahkan rasa kesal terhadap komen mempertikaikan rupa parasnya yang mengatakan dirinya tidak cantik.

Menganggap is sebagai satu yang keterlaluan, Liza atau Haliza Hanim Abdul Halim, 44, bagaimanapun memberitahu kata-kata tersebut tidak pernah menjatuhkan semangatnya.

Malah dia turut menambah sepanjang 26 tahun bergelar anak seni, kritikan sedemikian bagaikan sudah biasa baginya.

"Kadang-kala bahasa kata itu lebih penting dari paras rupa. Saya tak goyang dengan cacian, kutukan, krtikan sesiapa, tetapi budaya sekarang agak melampau.

liza hanim 1

Liza sudah lali dengan kecaman sepanjang bergelar anak seni.

"26 tahun saya dalam industri, pelbagai dah saya lali dan hadapi. Jadi kutukan secara halus ini tidak goyangkan saya. Saya sedih awak tidak sensitif," katanya.

Liza menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Zamani, Tomok dan Ezad Lazim antara 6 peserta Hot Seat terpilih bertanding dalam All Stars Gegar Vaganza

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Isu DKD RM300,000... Liza Hanim ada hak memohon, hantar kertas kerja dan hadir sesi ‘pitching’

Dia turut memuat naik paparan skrin komen seorang pengguna media sosial mempertikaikan paras rupanya meskipun sudah lama bergelar penyanyi.

Berkongsi perkara tersebut, Liza juga berharap ia dapat memberi semangat buat rakan-rakan artis yang pernah terkena kecaman sama sepertinya.

Jadi kutukan secara halus ini tidak goyangkan saya. Saya sedih awak tidak sensitif

LIZA HANIM

PENYANYI

"Posting ini untuk semua yang pernah kena kutuk macam saya untuk kita bangkit, terus kuat dan buat apa yang kita suka.

"Allah kurniakan saya bakat untuk menyanyi tetapi saya tida ada rupa paras yang semua mahukan. Tetapi saya tetap bersyukur," ujarnya.

Perkongsian tersebut juga mendapat respon daripada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga mengecam tindakan kurang sopan sebegitu.

liza hanim 3

Siti turut berkongsi pendapat mengecam kata-kata kesat netizen.

"Tulisan ini menunjukkan keperibadian yang tidak baik, hati yang hitam.

"Jangan menyentuh soal fizikal sebab semua orang tidak sempuna. Kesal dengan kelantangan netizen yang kononnya pandai menilai tetapi sebenarnya menyerlahkan lagi kebodohan," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain