suria

Dibelenggu rasa bimbang bekas suami meringkuk dalam penjara, Avaa Vanja jadi pemaaf tarik laporan kes keganasan rumah tangga

Avaa kini lebih tenang dan sedia maafkan bekas suami.

PELAKON Avaa Vanja mengambil keputusan menarik semula laporan terhadap bekas suaminya iaitu Amil Sulaiman berhubung dakwaan mendera dan melakukan keganasan rumah tangga sebelum ini.

Enggan memanjangkan isu berkenaan, Avaa atau Avaa Vanja Mohamad Ramli, 43, berkata dia memaafkan bekas suaminya itu kerana perasaannya sentiasa dibelenggu rasa bersalah dan tidak tenang.

"Sepanjang dua minggu ini hati saya tidak tenang. Saya diserang anxiety kerana asyik memikirkan hal ini. Saya takut dia (bekas suami) boleh dikenakan hukuman penjara kalau disabitkan kesalahan.

avaa 2

Avaa hadir ke mahkamah pada pagi Isnin bagi penyerahan dokumen tarik kes.

"Jika dia kena penjara, saya perlu tanya semula apa niat untuk buat laporan semua ini, jadi lebih baik saya maafkan sahaja. Kemaafan saya buat ini bagaikan satu anugerah terbesar buat saya.

"Siapa saya untuk menghukum dia? Lebih baik saya move on dan tidak lagi terkait dengan perkara yang tidak elok untuk diri sendiri," katanya kepada mStar.

Terdahulu, Avaa hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Isnin bagi mendengar perbicaraan kes berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Avaa Vanja bercerai talak satu, harap bekas suami tak bermasam muka demi anak

ARTIKEL BERKAITAN: Avaa Vanja tak tutup pintu hati, ingat pesanan Mufti Menk jangan tolak jodoh

Sebelum itu, Avaa hadir ke Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur bagi menarik semula laporan dibuat dan menyerahkan dokumen berkaitan di mahkamah.

Memandangkan kes ini melibatkan penderaan dan keganasan rumah tangga, Avaa memberitahu timbalan pendakwa raya berhak untuk meneruskan perbicaraan.

"Jika perbicaraan diteruskan, saya tiada masalah untuk beri kenyataan. Malah laporan yang saya buat selama ini pun betul cuma bagi di pihak saya kes ini selesai kerana laporan ditarik semula.

Siapa saya untuk menghukum dia? Lebih baik saya move on dan tidak lagi terkait dengan perkara yang tidak elok untuk diri sendiri

AVAA VANJA

PELAKON

"Apa yang berlaku pada masa akan datang saya serahkan sepenuhnya kepada Allah. Negara kita juga ada undang-undang. Semoga dia juga diberikan hidayah Allah," jelasnya.

Untuk rekod, Avaa dan Amil mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Maleena yang kini berusia 10 tahun.

avaa 3

Avaa mahu memberi fokus kepada kerjaya dan membesarkan anaknya.

Pada Oktober 2021, Avaa membuat laporan polis berhubung penderaan yang dilakukan oleh Amil terhadapnya dan anak mereka.

Pasangan ini kemudian sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Februari 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain