suria

Isteri Haqiem Rusli tunjuk bakat nyanyi lagu Blackpink… “Hebat! Nampak lembut tapi boleh rap”

Persembahan Anis nyanyikan lagu rap kumpulan Blackpink dipuji netizen.

ISTERI kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menerima pujian peminat selepas menyampaikan lagu Pink Venom nyanyian asal Blackpink di Malam Mimpi Haqiem Rusli yang berlangsung di Panggung Asia, Gombak, Selangor, baru-baru ini.

Pada malam itu, Anis dan Haqiem memakai pakaian sedondon berwarna merah berduet membuat persembahan dan menerima sorakan daripada penonton.

Haqiem dan isteri, Anis Sofea duet lagu Pink Venom

Video yang dikongsi oleh pemilik akaun TikTok era.je ini telah mendapat perhatian peminat dan rata-ratanya kagum dengan bakat yang ada pada isteri penyanyi lagu Di Alam Fana Cintamu ini.

Ada juga netizen yang berseloroh tidak memahami lirik yang dinyanyikan oleh Anis tetapi masih boleh menerima nyanyian itu kerana terpegun dengan kecantikannya.

"Pandai juga isteri Haqiem menyanyi. Nampak lembut tapi boleh rap. Hebat lah!

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Haqiem Rusli disangka hamil gara-gara gurauan ‘anak coming soon’... Janji kongsi berita gembira apabila tiba waktu

ARTIKEL BERKAITAN: Perniagaan terjejas selepas pelanggan tular video di media sosial, Haqiem Rusli enggan ambil tindakan

"Tak faham apa pun. Tapi disebabkan dia cantik, jadi kita maafkan je lah.

"Lama juga lah nak tangkap dia nyanyi lagu apa. Nasib baik lawa," komen netizen.

Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 24, berkahwin dengan Anis pada 19 November 2021 di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain