suria

Bercerai bukan bererti perlu bermusuh, ramai ‘respect’ dengan Yasmin Hani dan bekas suami - “Tak salah berbaik demi anak-anak”

Yasmin memuat naik video keluar makan bersama anak-anak dan Sha'arin.

WALAUPUN sudah hampir setahun bercerai, pelakon Yasmin Hani dan bekas suami, Sha'arin Mohammed Razali Wong dilihat tetap menjaga hubungan baik demi dua anak mereka seperti mana janji mereka sebelum ini.

Perkongsian Yasmin atau Yasmin Hani Ismail Richardson, 43, yang keluar makan bersama Sha'arin dan anak-anak mereka di sebuah restoran menarik perhatian netizen.

Menerusi video yang dikongsi di Instagram, Yasmin yang mengenakan gaun berwarna merah dan putih kelihatan gembira menghabiskan masa bersama keluarga sambil menikmati makanan yang dipesan.

Peminat memuji sikap Yasmin dan Sha'arin apabila kedua-duanya disifatkan sangat profesional menghabiskan masa bersama dan melayani anak-anak mereka meskipun bukan lagi suami isteri.

Netizen puji sikap professional Yasmin dan bekas suami

"Pasangan paling steady! Walaupun tak bersama tetapi masih berkawan baik demi anak-anak.

"Respect betul dengan Yasmin dan Sha'arin. Tak salah berbaik demi kebaikan anak-anak. Janji dapat bahagiakan mereka," komen netizen.

Malah ada pula peminat berasa sebak dengan hantaran berkenaan selepas melihat telatah dua beradik itu yang sangat gembira dapat keluar bersama ibu bapa mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Kekasih kerap datang makan, Yasmin Hani jawab tuduhan tinggal serumah dengan Alif Hadi... “Mak saya nak letak dekat mana?”

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Hadi mengaku rapat dengan Yasmin Hani, mahu ambil hati anak-anak dahulu sebelum bercinta

"Sedih pula tengok dua beradik ni. Mereka nampak seronok dapat keluar bersama sebagai sebuah keluarga," komen netizen lagi.

Untuk rekod, Yasmin dan Sha'arin bercerai pada tahun 2021 lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 2011.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 5.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain