suria

“Seronok dapat suami macam ini” - Tampil sebagai doktor, netizen terhibur gelagat Fizz Fairuz jaga Almy Nadia selepas pembedahan

Gelagat Fizz Fairuz jadi doktor ketika merawat Almy Nadia buat ramai terhibur.

UMUM mengetahui pelakon Datin Almy Nadia baharu sahaja menjalani pembedahan membuang ketumbuhan cyst selain disahkan mengandung di luar rahim pada Sabtu lalu.

Namun apa menjadi perhatian adalah keperihatian suaminya, aktor Datuk Fizz Fairuz menjaga isteri tersayang selepas Almy dibenarkan pulang ke rumah.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fizz dilihat ringan tulang membantu menguruskan dan merawat Almy bagi memastikan isterinya itu berasa selesa dan lebih cepat sembuh.

Fizz dilihat tampil berlakon menjadi seorang doktor lengkap dengan pakaian pembedahan sambil membawa dulang yang berisi ubat-ubatan untuk diberikan kepada Almy.

287519950_134353502580917_7315433804892365259_n

Keadaan Almy Nadia semakin baik selepas jalani pembedahan.

"Doktor Fizz Fairuz dah datang hari kedua!

"Maaf ya, sakit sikit sebab tadi saya tanda tempat lain, saya cucuk tempat lain," tulisnya di Instagram Story.

ARTIKEL BERKAITAN: Almy Nadia jalani pembedahan buang cyst, doktor sahkan hamil luar rahim

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘mulut celupar’ minta Almy Nadia berhenti makan... Anggap individu hina bentuk badannya kurang kasih sayang

Almy turut ketawa terbahak-bahak melihat gelagat suaminya yang bersahaja dan melucukan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet bukan sahaja terhibur tetapi berasa ngilu mendengar ketawa Almy memandangkan dia baharu sahaja selesai menjalani pembedahan.

279629966_391969826141285_8443120053261074079_n

Gelagat Almy Nadia dan suami menjadi perhatian peminat.

"Ya Allah seronoknya dapat suami macam ini. Hilang segala duka dan lara.

"Dengar datin gelak, akak yang rasa ngilunya. Jangan ketawa kuat sangat datin.

"Sangat mencabar ya doktor macam ini, risau jahitan terbuka je nanti," kata netizen.

Untuk rekod, Almy Nadia dan Fizz Fairuz telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan mereka dikurniakan empat orang anak perempuan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain