suria

“Saya sudah penat berpura-pura” - Elyana mahu ‘hilangkan’ diri, cari semula siapa dirinya

Elyana luah perasaan di Instagram mengakui ingin mencari ketenangan dalam hidup.

PENYANYI Elyana memberitahu dirinya bukanlah seorang yang sesuai untuk dijadikan contoh oleh masyarakat apatah lagi dianggap sebagai individu kuat berdepan dengan penyakit kanser.

Elyana atau nama lengkapnya Erneelya Elyana Emrizal, 32, berkata, dia sudah tidak mampu lagi untuk berpura-pura bahagia dan kuat selain berasa tidak gembira dengan orang yang berada disekelilingnya.

Katanya, dirinya sudah tidak boleh lagi untuk menjalani kehidupan sebegitu dan berusaha untuk pergi jauh 'menghilangkan diri'.

"Selama ini orang anggap saya kuat, tapi sebenarnya tidak. Selama ini saya hanya berlakon menjadi kuat meskipun berpijak di bumi nyata, saya tidak kuat pun.

Untitled design (33)

Elyana menyambut ulang tahun kelahirannya di atas sebuah bot baru-baru ini.

"Kepakaran saya ialah berlakon, jadi saya tunjuk kuat dan bahagia, namun sejujurnya saya tidak kuat dan bahagia.

"Siapa yang menjadikan saya sebagai contoh atau anggap saya ini seorang yang positif, mungkin sudah boleh lupakan sahaja semua itu. Saya sudah penat untuk berpura-pura dan tidak tahu untuk lakukan apa lagi," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perit dengar cerita Elyana buat rawatan radioterapi hati dan pinggul - “Sakit... tapi saya kena kuat”

ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan tahan sakit, Elyana tak mahu terlepas rai ‘birthday’ anak... bimbang ibu bapa positif Covid-19 susah hati - “Saya ingat akan sembuh, tapi semakin sakit”

Dalam siaran live di Instagram itu juga, Elyana turut meluahkan rasa kesal apabila gagal mendapat sokongan daripada individu terdekat.

Namun penyanyi itu tidak mendedahkan siapakah individu yang dimaksudkan.

Untitled design (32)

Elyana menyambut Hari Raya Aidiladha bersama neneknya di Klang, Selangor.

"Saya sudah tidak boleh hidup macam ini. Sama ada saya lari jauh-jauh dan tidak timbul dah atau telan sahaja semua sengsara. Tiada orang cuba faham, tetapi orang mempunyai rasa ingin tahu.

"Saya faham perasaan ingin tahu itu lebih kuat daripada ingin memahami. Saya cuba hendak bahagia, tetapi orang negatif masuk campur, saya penat sebab cuba untuk kuat dan sembuh, untuk positif.

"Tetapi orang sekeliling ini cuba menjatuhkan saya. Tipu kalau saya tidak cari jalan keluar, saya juga sudah berjumpa dengan psikiatrik, tetapi tetap tidak jumpa jalan keluar.

Saya sudah penat untuk berpura-pura dan tidak tahu untuk lakukan apa lagi.

ELYANA

PENYANYI

"Saya sudah tiada keinginan lain lagi, walaupun pergi ke tempat yang menarik, tetapi jiwa tetap rasa tidak bahagia," katanya.

Sementara itu, menerusi siaran live kedua di Instagram, Elyana merancang untuk membeli tiket penerbangan, namun masih belum membuat keputusan sama ada ingin memilihi destinati tempatan atau ke luar negara.

Untitled design (31)

Elyana bersama suami dan dua anaknya.

Elyana menjelaskan dia ingin mencari ketenangan diri dan merancang untuk bertolak pada hari ini juga.

"Saya perlu juga pergi malam ini untuk mencari semula siapa diri saya, saya ingin mencari ketenangan saya balik," katanya.

Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Cinta Sumayyah dan Cahaya Ramadhani.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain