suria

Amar Baharin bimbang kaki Amyra Rosli bengkak teruk hingga susah berjalan... Kini direhatkan dari penggambaran drama

Amar bimbang Amyra mengalami sakit yang tidak diketahui puncanya

PELAKON Amyra Rosli terpaksa berehat daripada menjalani penggambaran drama Jangan Menangis Cinta kerana mengalami sakit sendi dan lebam di beberapa bahagian pada tubuhnya selain batuk yang tidak henti.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh suami kepada Amyra iaitu Amar Baharin ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak wajar boikot artis yang sudah mohon maaf, perlu beri peluang perbaiki kesilapan - Amar Baharin

ARTIKEL BERKAITAN: Amyra Rosli dikritik menunjuk makan durian, buat orang susah terliur - “Makan sorok-sorok, kesian yang teringin tapi tak mampu”

“Amyra diberi rehat selama tiga ke empat hari kerana keadaan dia agak teruk sehingga susah untuk berjalan.

“Dia mengalami sakit sendi dan bengkak pada beberapa bahagian dan yang paling teruk adalah di kaki.

“Dalam tempoh rehat ini saya akan bawa dia untuk menjalani pemeriksaan lebih lanjut di pusat perubatan atau mendapatkan rawatan perubatan Islam.

“Saya sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan jika Amyra hanya berehat di rumah.

amar baharin 2

Amar dan Amyra bersama dua anak mereka

“Rasanya lebih baik dia ditahan di wad dahulu supaya doktor boleh memantau keadaannya,” jelas Amar.

Terdahulu Amar berkongsi tentang keadaan isterinya itu menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya.

Amar turut memberitahu keadaan itu tidak pernah berlaku kepadanya dan Amyra telahpun menjalani pemeriksaan beberapa hari lalu, namun keputusan ujian darah dalam keadaan baik.

“Memang pelik sebab tidak pernah berlaku seperti ini.

Saya sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan jika Amyra hanya berehat di rumah

AMAR BAHARIN

PELAKON

“Selepas buat ujian darah, doktor beritahu tidak ada sebarang jangkitan kuman.

“Malah doktor sendiri tidak dapat memberi penyelesaian terhadap penyakit yang dihidapinya,” katanya.

Sementara itu menerusi perkongsian IG Story Amyra sebelum ini, dia masih meneruskan penggambaran drama seperti biasa.

Bagaimanapun selepas keadaan menjadi semakin serius, dia diberi waktu rehat.

Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4, dan Ayra Aryssa, 2.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain