suria

Jarang kongsi aktiviti di media sosial, strategi Ben Amir nak nampak mahal!

Ben Amir berehat sepanjang Ramadan.

TIDAK seperti selebriti lain yang gemar berkongsi kisah peribadi mereka di laman sosial, pelakon Ben Amir pula mengambil pendekatan berbeza apabila memilih tidak terlalu memaparkan aktiviti sehariannya di platform tersebut.

Menurut Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 31, dia mempunyai sebab tersendiri berbuat demikian biarpun kerjaya seni menuntut seseorang selebriti itu untuk tampil berkongsi apa sahaja dengan peminat mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya Ben Amir mengaku rapat dengan Daiyan Trisha - “Sweet... dia ada call dan mesej ucap tahniah”

"Saya memang jaga eksklusiviti sebab lagi susah nak jumpa, lagi mahal benda itu dan buat orang tertunggu-tunggu... disebabkan itu, saya tak post sangat tentang kehidupan peribadi di media sosial.

"Bagi saya strategi ini menjadi dan berkesan untuk kerjaya saya sebab buat peminat lagi tertunggu-tunggu (perkembangan terbaharu Ben Amir).

"Siapa-siapa yang kenal dengan saya tahu saya ini macam mana orangnya, perkataan kekwat (sombong) itu tidak pernah wujud dalam hidup saya (disebabkan jarang berkongsi kisah peribadi buat tatapan umum)," katanya kepada mStar.

Lagi susah nak jumpa, lagi buat orang tertunggu-tunggu.

BEN AMIR

PELAKON

Ben ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta Puma Malaysia X Al-Ikhsan yang berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara pada Isnin.

Ben Amir dilantik wajah terbaharu Puma Malaysia X Al-Ikhsan.

Ketika ditanya aktivitinya sepanjang bulan Ramadan kali ini, pelakon drama Sweet Dreams itu berkata dia mengambil cuti panjang agar dapat fokus untuk beribadah.

"Kalau tahun lalu saya memang berehat ketika bulan puasa sebab tak boleh nak shoot kerana Covid-19. Tahun ini pula memang saya tak ambil mana-mana tawaran sepanjang bulan Ramadan sebab nak fokus beribadah.

"Walaupun banyak tawaran berlakon yang datang, sekarang saya kena memilih yang mana saya hendak buat sahaja sebab saya dalam fasa nak cari cabaran baharu.

"Saya rasa dah boring nak bawa karakter yang sama sahaja dan rasanya bukan saya seorang sahaja yang rasa macam itu, mana-mana pelakon pun (yang dah lama berlakon) mesti ada rasa macam itu juga," ujarnya.

Ben mula berkecimpung dalam bidang seni sejak lapan tahun lalu selepas menyertai program pencarian Hero Remaja pada tahun 2012.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain