suria

Isa Khan lega abang dah bebas Covid-19, dibenar keluar hospital - “Masa dia kritikal saya rasa nak lari ke Indonesia"

Aliff (kiri) bersama kakak, Farah Khan dan adiknya, Isa Khan.

PELAKON Isa Khan berasa lega apabila abangnya yang juga pelakon Indonesia Aliff Alli, 30, sudah stabil dan dibenarkan keluar dari hospital selepas dijangkiti wabak Covid-19 sejak pertengahan Disember tahun lalu.

Menurut Isa, 28, Aliff kini sedang berehat di kediamannya di Jakarta, Indonesia selepas disahkan bebas daripada wabak itu pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Isa Khan, Aliff Alli dilapor kritikal akibat Covid-19, guna alat bantuan pernafasan - “Kesihatannya semakin merosot kerana stres berdepan proses cerai”

"Alhamdulillah, sekarang abang saya dah dibenarkan pulang ke rumah dan dia sekarang tengah dalam proses recovery.

"Doktor pun dah sahkan dia bebas daripada Covid-19.

Masa dia dalam keadaan kritikal itu saya dah rasa macam nak 'lari' ke Indonesia dah.

ISA KHAN

PELAKON

"Sekarang memang kami sekeluarga buat panggilan video dengan dia, nak tahu perkembangan terbaharu dia. Dia duduk seorang di rumahnya dan memang hari-hari sekarang dia buat senaman ringan untuk keluarkan peluh.

"Alhamdulillah, selera makan dia pun dah kembali macam biasa," katanya kepada mStar.

Aliff Alli kini sedang berehat di kediamannya di Jakarta.

Menceritakan pengalaman abangnya berhadapan dengan wabak tersebut, Isa berkata, Aliff berkemungkinan besar dijangkiti daripada rakan perniagaannya ketika menghadiri mesyuarat.

"Aliff ada beritahu kemungkinan dia dijangkiti ketika menghadiri mesyuarat. Lepas dia balik daripada mesyuarat itu terus dia rasa tak sedap badan dan lepas periksa memang suhu dia tinggi iaitu mencecah 43 darjah selsius.

"Dia ke hospital dan disahkan positif Covid-19 dan dalam tiga hingga empat hari dia mengalami kesukaran untuk bernafas sehingga memerlukan alat bantuan pernafasan.

"Masa dia dalam keadaan kritikal itu saya dah rasa macam nak 'lari' ke Indonesia dah. Nak buat surat untuk lepas ke luar negara sebab benda kecemasan kan... tapi Alhamdulillah, sekarang dia dah semakin okay, lega sikit rasa," katanya.

Terdahulu, media Indonesia melaporkan Aliff menjalani rawatan rapi di Rumah Sakit Wisma Atlet, Jakarta hampir tiga minggu lalu dan keadaan kesihatannya dikatakan semakin kritikal.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain