Zimi Sofazr ceraikan isteri menerusi WhatsApp, nafi abai tanggungjawab - “Cerita saya tinggalkan anak macam tu saja, tak betul!”

Zimi enggan mendedahkan punca sebenar perceraian.

SUSULAN khabar angin rumah tangga berantakan, pemuzik dan komposer Zimi Sofazr mengesahkan rumah tangga yang dibina selama lapan tahun bersama Isma Salwana Ismail, 37, sudah berakhir.

Zimi atau nama sebenar Zarimi Zahari, 36, berkata dia menceraikan isterinya itu dengan talak satu menerusi rakaman suara pada aplikasi WhatsApp pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Kedua Pelengkap Keluarga Zimi (Sofazr)

"Saya mengaku memang buat masa sekarang ada masalah rumah tangga.

"Saya sekarang dalam proses perceraian. Saya lafazkan talak ke atas bekas isteri semalam (Ahad) dan sekarang kami masih menunggu proses mahkamah.



Zimi dan dua orang anak perempuannya.

"Urusan ke pejabat agama dan hak penjagaan anak semua saya serahkan pada pihak yang lebih mengetahui," katanya kepada mStar.

Zimi bagaimanapun enggan bercerita lanjut mengenai punca perceraiannya kerana mahu menjaga privasi kedua-dua belah pihak.

Ahli kumpulan Sofazr ini menganggap dia dan wanita itu sudah tiada lagi persefahaman dalam meneruskan perkahwinan tersebut.

"Saya takkan buka aib dia atau aib kami sekeluarga. Sejahat-jahat suami sekali pun, dia tetap ada rasa sayang kepada isteri dan anak-anak... kalau tak seseorang lelaki tu takkan mendirikan rumah tangga.

Sejahat-jahat suami, dia tetap ada rasa sayang kepada isteri dan anak-anak.

ZIMI SOFAZR

PEMUZIK DAN KOMPOSER

"Kami berdua dah tak sehaluan. Kami dah cuba untuk pertahankan perkahwinan ini, tapi tak boleh... jodoh dah tak ada. Mungkin sampai di sini saja la rumah tangga ini.

"Anak-anak kecil lagi, mereka masih memerlukan seorang ibu. Jadi, biarlah dia dapatkan hak penjagaan anak sebab dia lebih berhak," ujarnya.

Sebelum ini, menerusi sebuah laporan portal hiburan, Zimi didakwa sudah tidak tinggal sebumbung dengan Isma dan meninggalkan anak-anak mereka bersama isteri.

Zimi bagaimanapun menafikan kenyataan tersebut dan berkata dia sentiasa menjaga kebajikan anak-anaknya dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.



Zimi tidak mahu membuka aib keluarga.

"Saya tak nak berlawan dengan gosip tapi cerita yang saya tinggalkan anak macam tu saja, itu tak betul. Kalau betul, kenapa dia tak buat aduan di tempat yang betul? Pergi la ke pejabat agama dan sebagainya.

"Kalau betul, anak-anak saya takkan membesar macam sekarang... takkan bulat-bulat seperti sekarang. Terima kasih la cakap macam tu pada saya. Kalau saya memang salah, biar pejabat agama yang tentukan.

Zimi dan bekas isterinya Isma Salwana Ismail, 37, berkahwin pada 8 Februari 2012.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Bunga, 4, dan Zerlinada Ikil yang kini berusia 3 tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain