Anak Dayangku Intan meninggal dunia akibat komplikasi selepas pemindahan hati

Gambar kenangan Dayangku Intan bersama arwah anaknya Wanku Syarafana (tengah).

DUNIA hiburan dikejutkan lagi dengan berita sedih anak kepada penyanyi popular era 1990-an Dayangku Intan iaitu Wanku Intan Syarafana pada kira-kira pukul 6 pagi Jumaat.

Perkara itu disahkan oleh Dayang kepada mStar dan meminta orang ramai mendoakan urusan anak ketiganya itu dipermudahkan.

Allahyarham yang berusia 23 tahun itu mengalami komplikasi selepas menjalani pembedahan pemindahan hati pada minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya sihat cuma proses sembuh terganggu kerana terlalu aktif” - Dayangku Intan nafi alami komplikasi selepas derma buah pinggang

“Ya betul anak saya meninggal dunia pagi tadi” ujarnya.

Tambah Intan, jenazah akan dibawa ke Masjid Wilayah Jalan Duta dan dikebumikan selepas solat Jumaat.

Allahyarham menjalani pemindahan hati pada minggu lalu.

Menurut laporan mStar Online pada 23 Januari lalu, Dayang memberitahu anaknya menjalani pembedahan pemindahan hati pada 5 Februari selepas terkena jangkitan bakteria yang berkemungkinan daripada kucing peliharaannya.

“Anak saya lahir tanpa hempedu (biliary atresia baby) penyakit ini sesuatu yang kami sudah jangka daripada dia kecil lagi.

“Tapi dia berjaya survive sampai umurnya 23 tahun… pemindahan hati itu dibuat selepas ada gangguan bakteria.

“Adik dia akan bertindak menjadi penderma hati,” ujarnya.

Sebelum ini, penyanyi lagu Kita Insan Biasa ini mendermakan buat pinggangnya kepada suami Rosman Yahil pada 28 September 2018.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain