suria

“Saya sihat cuma proses sembuh terganggu kerana terlalu aktif” - Dayangku Intan nafi alami komplikasi selepas derma buah pinggang

Dayangku Intan terkejut sebaik mendengar khabar angin dirinya mengalami komplikasi selepas pembedahan.

PENYANYI popular era 1990-an, Dayangku Intan menafikan khabar angin kononnya dia mengalami komplikasi selepas menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang buat suaminya pada 29 September 2018.

Menurut Dayang, dia dan suaminya, Rosman Yahil berada dalam keadaan sihat meskipun bekas luka pembedahan itu belum pun pulih sepenuhnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemindahan buah pinggang berjaya, suami Dayangku Intan tak perlu lagi jalani dialisis

ARTIKEL BERKAITAN: Dijangka makan masa lebih 3 jam, Dayangku Intan sudah sedia derma buah pinggang buat suami

"Saya sendiri terkejut dengan berita komplikasi buah pinggang itu.

"Alhamdulillah saya dan suami berada dalam keadaan sihat sejak daripada pembedahan itu cuma bekas luka itu saja yang belum pulih sepenuhnya.

Dayang dan suami berada dalam keadaan sihat.

"Cuma setiap kali kalau saya menyanyi saya akan rasa sakit pada bekas luka pembedahan sebelum ini. Saya rasa pedih-pedih tapi saya dah buat CT scan, semuanya dalam keadaan baik-baik saja," ujarnya kepada mStar.

Bercerita lanjut Dayang berkata, proses untuk sembuh sepenuhnya mungkin memakan masa yang agak lama gara-gara jadual hariannya yang begitu padat.

"Saya rasa ia memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk pulih sepenuhnya.

"Mungkin proses untuk sembuh itu terganggu kerana saya terlalu aktif dengan menyanyi, kerja dan terpaksa ulang-alik ke hospital.

Mungkin proses untuk sembuh itu terganggu kerana saya terlalu aktif dengan menyanyi, kerja dan terpaksa ulang-alik ke hospital.

DAYANGKU INTAN

PENYANYI

"Lebih-lebih lagi apabila anak perempuan saya terpaksa melakukan pembedahan pemindahan hati pada 5 Februari nanti," katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Kita Insan Biasa ini memaklumkan anak ketiganya, Wanku Intan Syarafana, 23, pula terpaksa menjalani pembedahan pemindahan hati selepas terkena jangkitan bakteria yang berkemungkinan berpunca daripada kucing peliharaannya.

"Sebelum ini anak saya memang lahir tanpa hempedu (biliary atresia baby) jadi ia sesuatu yang kami memang dah jangka daripada dia kecil lagi.

Anak perempuan Dayangku Intan bakal menjalani pembedahan pemindahan hati pada 5 Februari nanti.

"Tapi dia berjaya survive sampai umurnya 23 tahun... itupun terpaksa buat selepas ada gangguan bakteria pada hatinya.

"Sebelum ini dia dah sihat dan dah keluar daripada senarai untuk pemindahan hati cuma sebab ada gangguan bakteria berkemungkinan daripada kucing yang dibelanya.

"Adik dia (Wanku Mohd Ruknuddean, 22) akan bertindak sebagai penderma hati. Kalau dulu saya bagi buah pinggang pada ayahnya sekarang adik dia pula akan beri hati padanya," katanya.

Dayangku Intan

Artikel Lain