suria

Anda suka program hiburan mana? Tiga video mStar bersaing dalam Anugerah MeleTOP Era 2020

Tiga program terbitan mStar tersenarai dalam pencalonan awal AME2020.

TIGA program terbitan mStar iaitu Bizibody, Ceritera dan What The! tersenarai dalam pencalonan awal Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020).

Ketiga-ketiga program tersebut tersenarai sebagai top 20 bagi kategori Program MeleTOP.

Segmen Bizibody yang dihoskan oleh Qarami Hashim menerusi episod Intai Zoo Mini Afieq Shazwan bersaing dengan program Ceritera: Kisah 18/19 Da'i Farhan dikelolakan oleh Farhan Ikram dan What The! Asif dan Syahmi kena prank peminat fanatik yang dikendalikan oleh pengacara TH.

ARTIKEL BERKAITAN: Besarnya rumah Afieq Shazwan... dah macam istana, siap ada zoo mini lagi!

ARTIKEL BERKAITAN: Asif dan Syahmi terkejut diganggu peminat fanatik, “Jangan rapat, duduk jauh-jauh”

ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Farhan dedah 18 wanita ajak kahwin terpaksa tolak! - “Calon ke 19 saya tiada kekuatan nak tolak kerana di Makkah”

Menurut Penerbit mStar, Ariffuddin Ishak, pencalonan berkenaan dilihat sebagai pengiktirafan kepada program hiburan di platform digital.

"Alhamdulillah, kita berbesar hati apabila tiga program popular di mStar mendapat perhatian serta memberi impak setaraf dengan program hiburan lain.

#Bizibody - Intai Zoo Mini Afieq Shazwan.

"Bersaing dengan program terbitan produksi televisyen menunjukkan mStar berjaya mengungguli dunia digital selari dengan perkembangan media masa kini," katanya.

Tiga program tersebut mendapat lebih 3 juta tontonan dan menjadi trending di Youtube Malaysia.

Malah, program temubual bersama Da'i Farhan mencetuskan fenomena apabila tagline 18/19 menjadi bualan masyarakat.

What The! Asif dan Syahmi kena prank peminat fanatik.

Turut tercalon dalam kategori yang sama antaranya, Big Stage, Gegar Vaganza, Maharaja Lawak Mega dan Sepahtu Reunion.

Talian undian fasa pertama untuk menyenarai pendek lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal dibuka mulai Rabu pukul 6 petang hingga 25 Februari pukul 12 tengah hari.

Undian boleh dibuat secara online di dua buah platform iaitu di laman web rasmi AME 2020 iaitu www.anugerahmeletopera.com.my atau aplikasi Syok.

Ceritera: Kisah 18/19 Da'i Farhan 

AME2020 bakal berlangsung pada 12 April depan di Axiata Arena, Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Ia bakal dihoskan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

AME2020, Bizibody, Ceritera, What The!

Artikel Lain