suria

Kesuma Booty meninggal dunia pada usia 69 tahun

Kesuma Booty meninggal dunia.

PENGGIAT seni industri muzik Kesuma Booty meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 pagi Rabu pada usia 69 tahun.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh anak lelakinya iaitu Alfa Booty menerusi posting yang dimuat naik ke laman Facebook.

"Salam, kepada yang mengenali beliau, ayahanda saya Kesuma Booty telah pulang ke rahmatullah pukul 12.30 pagi tadi.

"Jenazah sekarang berada di rumah Kampung Klang Gate Baru.

Alfa Booty merupakan anak kepada Kesuma Booty yang juga merupakan penggiat seni industri muzik.

"InshaAllah urusan jenazah akan dilakukan pagi esok (Rabu)," ujarnya.

Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate kira-kira pukul 10 pagi Rabu.

Kesuma Booty merupakan anak kepada seniwati Allahyarhamah Kasmah Booty dan dilahirkan pada 1951.

Kesuma bersama beberapa penggiat industri muzik, antaranya Datuk Freddie Fernandez dan Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan memainkan peranan penting dalam penubuhan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP) Berhad sebagai sebuah syarikat pada tahun 1989.

Allahyarham banyak mengetengahkan bakat-bakat baru pop dan nasyid seperti Sheila Majid dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Kesuma meninggalkan dua orang anak iaitu Alfa dan Rumie.

Kesuma Booty, Kasmah Booty

Artikel Lain