“Orang luar memang tak dibenarkan!” - Anzalna Nasir tolak 'job' berlakon demi anak, tidak perlu khidmat pembantu rumah - Hiburan | mStar

“Orang luar memang tak dibenarkan!” - Anzalna Nasir tolak 'job' berlakon demi anak, tidak perlu khidmat pembantu rumah

Anzalna mahu memberikan keutamaan terhadap anaknya, Mohamad Eidrees.

PELAKON Anzalna Nasir mendedahkan dia sanggup menolak tawaran berlakon demi menjaga anak lelakinya, Mohamad Eidrees yang kini berusia tujuh bulan.

Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 31, berkata, dia mahu memberi keutamaan dan menggunakan masa sebaik mungkin terhadap anaknya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bagai bulan jatuh ke riba! Anzalna Nasir bakal lahir anak lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: “Saat paling saya nantikan” - Anzalna umum hamil empat bulan

"Saya boleh ada lebih dari empat orang gaji atau pembantu jika saya mahu.

Anzalna tidak enggan anaknya, Mohamad Eidrees dijaga oleh pembantu rumah.

"Tapi saya lebih memilih untuk tak ada pembantu sebab ini adalah masa yang paling berharga dalam hidup saya dan saya nak gunakan masa ini sebaik mungkin untuk bersama anak saya. Tak tahu lagi bila akan merasa macam ni.

"Sanggup tolak job kalau keluarga pun sibuk. Work comes first tapi keutamaan saya adalah pada Mohamad Eidrees buat masa ini," ujarnya.

Anzalna berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu.

Dalam pada itu, Anzalna berkata, dia juga tidak akan membenarkan anaknya itu dijaga oleh orang lain melainkan ahli keluarganya sahaja.

Malah katanya, dia juga tidak berdepan masalah jika tidak mempunyai pembantu kerana suami dan ahli keluarganya sering ada untuk membantunya.

Sanggup tolak job kalau keluarga pun sibuk. Work comes first tapi keutamaan saya adalah pada Mohamad Eidrees buat masa ini.

ANZALNA NASIR

PELAKON

"Tak ada pembantu rumah, tiada masalah sebab saya ada suami dan keluarga yang sangat membantu.

"Kalau dua-dua ada kerja baru keluarga atau ibu mentua tolong jagakan. Orang luar memang tak dibenarkan!" katanya lagi.

Pelakon drama bersiri Memori Cinta Suraya berkahwin dengan Mohamad Hanif pada 22 Februari 2016.

Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamad Eidrees.

Anzalna Nasir , Mohamed Eidrees

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain