suria

Siti Nordiana, Mira Filzah, Zizan Razak dan Naim Daniel terima 4 pencalonan AME2020

Empat selebriti terima empat pencalonan di AME2020.

EMPAT selebriti iaitu Siti Nordiana, Zizan Razak, Mira Filzah dan Naim Daniel menerima empat pencalonan awal TOP 20 Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020.

Penyanyi lagu Hatiku Milikmu itu menerima pencalonan menerusi kategori Lagu Meletop Era, Penyanyi Meletop Era, Grup/Duo Meletop Era dan Artis Versetil Era.

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar menang lagi, Siti Nordiana buat kejutan AME2019

Sementara itu, Mira Filzah tercalon dalam kategori Bintang Filem Meletop, Fesyen Meletop, Pelakon Meletop dan Artis Versetil Meletop.

Manakala Naim Daniel tercalon dalam kategori Lagu Meletop Era, Penyanyi Meletop Era, Grup/Duo Meletop dan Artis Versetil Meletop.

Barisan artis tercalon dalam kategori Bintang Filem Meletop.

Pelawak Zizan Razak pula tercalon dalam kategori Grup/Duo Meletop bersama Ismail Izzani menerusi lagu Ku Berserah dan Bintang Filem Meletop menerusi filem Bikers Kental dan Polis Evo 2 serta Artis Versetil Meletop.

AME2020 bakal berlangsung di 12 April ini di Axiata Arena, Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Bagi kategori Si Cilik Meletop turut menyenaraikan anak selebriti antaranya anak pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden, Shukri Yahya (Aira Ameena), Hairul Azreen (Alisa Aisyah) dan Fizo Omar (Maryam).

Dalam pada itu, tiga kategori baharu turut diperkenalkan iaitu Artis Versatil Meletop, Influencer Meletop dan Top Top Meletop untuk Grup dan Duo.

Manakala, tiga kategori pula digugurkan untuk edisi kali ini iaitu Program Radio Meletop, Penyampai Radio Meletop dan Artis Lawak Meletop menjadikan keseluruhannya adalah 15 kategori.

Menurut  Ketua Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad, perubahan ini dilakukan bagi memastikan anugerah berkenaan kekal relevan seiring kemajuan teknologi digital.

“Bersesuaian dengan penjenamaan AME yang mengangkat personaliti dan karya paling hit, penambahan tiga kategori baharu dilihat cukup bertepatan dengan perubahan teknologi terkini yang lebih tertumpu kepada era digital terutamanya media sosial.

“Suntikan perubahan yang dibuat juga merupakan sebahagian daripada strategi untuk memantapkan lagi penganjuran tahun ini.

Khai Bahar dan Siti Nordiana rangkul kategori utama Top Top Meletop pada tahun lalu.

“Tahun demi tahun, pelbagai kelainan dan kejutan sudahpun kami bawakan bagi memastikan ia kekal relevan dan terus menjadi antara majlis penganugerahan yang paling ditunggu-tunggu oleh para peminat termasuklah golongan artis dan selebriti,” katanya kepada mStar.

Raqim ditemui semasa sidang media pengumuman Top 20 Anugerah MeleTOP Era 2020 yang diadakan di Nicsmann 1940s by Lewre, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Pada majlis tersebut, Nabil Ahmad dan Jihan Muse turut diumumkan sebagai hos anugerah itu.

Manakala seorang lagi penyampai akan diumumkan dalam sidang media akan datang.

Antara pencalonan kategori lain termasuklah Lagu MeleTOP Era, Penyanyi Meletop, Grup/Duo Meletop, Filem Meletop, Bintang Filem Meletop dan Drama Meletop, Fesyen Meletop.


Nabil dan Jihan merupakan hos AME2020 bersama seorang pengacara yang akan diumumkan kelak.

Selain itu, Program Meletop, Pelakon Meletop, Hos Meletop, Artis Baharu Meletop, Si Cilik Meletop dan Couple Meletop.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, ia turut boleh diakses menerusi perkhidmatan Astro Go dan on demand.

Talian undian fasa pertama untuk menyenarai pendek lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal dibuka mulai Rabu pukul 6 petang hingga 25 Februari pukul 12 tengah hari.

Undian boleh dibuat secara online di dua buah platform iaitu di laman web rasmi AME 2020 iaitu www.anugerahmeletopera.com.my atau aplikasi SYOK.

Anugerah Meletop 2020, AME2020, Astro

Artikel Lain