suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Keempat Penyeri Rumah Tangga Lan, Sheila

ISTERI kepada penyanyi Lan iaitu Nur Sheila Hassim selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 4.10 pagi, Sabtu.

Sheila melahirkan bayinya seberat 2.5 kilogram secara normal di Pusat Perubatan Rampai Puteri, Kuala Lumpur.

Menerusi laman Instagram suaminya, Lan atau Mohd Razlan Mohamed Yusuf, penyanyi itu meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata keempat itu.

"Alhamdulillah, terima kasih Allah. Terima kasih semua yang mendoakan kedua-duanya," tulis Lan.

Sementara itu, isterinya pula menerusi laman yang sama mendedahkan sebahagian nama puterinya itu.

Malah, dia turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya sepanjang proses kelahiran.

"Doakan Nur Amna Q.... semoga dia membesar dengan sihat ya.

"Syukur dan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan KY dan puteri kami," tulisnya menerusi akaun Sheilarazlan.

Lan dan Sheila, 32, berkahwin pada 6 Disember 2009.

Selain bayi yang baharu dilahirkan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.

Lan Solo

Artikel Lain