Fadlan, Bakal Isteri Sama-Sama Mahu Dalami Agama - Hiburan | mStar

Fadlan, Bakal Isteri Sama-Sama Mahu Dalami Agama

Fadlan dan kekasih, Julie Anne dalam perancangan menamatkan zaman bujang. Foto Instagram: fadlanhazim

PELAKON Fadlan Hazim berkata dia dan teman wanitanya dikenali sebagai Julie Anne merancang untuk menghadiri kelas bagi mempelajari mengenai agama Islam.

Menurut Fadlan, 26, kekasihnya itu terbuka hati untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Islam dan bersedia memeluk agama ini satu hari nanti.

"Sebelum bersama saya lagi, Julie ada cakap dia sudah mula terbuka hati untuk mengenali Islam dan bersedia mempelajari lebih lanjut mengenai agama ini.

"Saya ada perancangan nak bawa dia berjumpa ustaz dan kita sama-sama belajar mengenai agama Islam kerana saya pun masih belum sempurna dan perlu belajar lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tabiat Buruk Sejak Remaja, Fadlan Hazim Perlu Jalani Pembedahan

Fadlan mahu bawa bakal isteri pelajari agama Islam.

"Soal memeluk agama Islam agak sensitif untuk diperbahaskan, cumanya saya harap masyarakat mendoakan yang baik-baik," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Fadlan berkata hubungan cinta mereka itu turut mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.

Malah, dia turut mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga, namun meletakkan soal jodoh sebagai ketentuan takdir.

Fadlan bersama kekasih, Julie Anne Kang.

"Keluarga kami tak ada masalah dan mereka merestui hubungan kami. Lagi pula, kami membesar dalam kelompok keluarga yang pernah berkahwin campur.

"Buat masa ini kami tak letak sasaran waktu bila nak berkahwin, namun saya andaikan dalam setahun dua lagi kita akan menuju ke arah itu.

"Sekarang ini, kami mahu fokus dengan karier dan apabila semuanya sudah okay barulah kami mahu bina keluarga bahagia," katanya.

Keluarga merestui hubungan Fadlan dan Julie.

Bercerita mengenai awal perkenalan dengan gadis tersebut, Fadlan berkata, dia mengenali Julie sejak mereka dibangku sekolah lagi.

"Kami kenal sejak zaman sekolah dan pernah menjadi teman baik. Tak sangka pertemuan semula membuatkan hubungan kami ke arah lebih serius.

"Julie seorang wanita yang sangat memahami dan mudah diajak berbincang. Mungkin faktor usia sebaya membuatkan saya selesa bersama dia," kata pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu ini.

Fadlan Hazim

Lebih Artikel