suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Farah Nabilah Disangka Sertai Politik

Farah Nabilah foto Instagram @shahrizanshafie

GARA-GARA dijemput pada majlis yang dianjurkan oleh Barisan Nasional (BN), pelakon Farah Nabilah disangka menyertai parti politik berkenaan.

Bagaimanapun, menerusi laman sosialnya pada Ahad, pelakon Titian Cinta ini menjelaskan bahawa dia dijemput sekadar untuk berkongsi tentang topik perbincangan mengenai perkasakan wanita.

"Saya terima banyak mesej peribadi yang bertanya "eh join politik pulak ker?" Tidak.

"Fawaa dipanggil untuk berkongsi tentang women empowerment tiada kena mengena dengan politik. Harap maklum," tulisnya menerusi Instastory.

Farah Nabilah nafi sertai politik foto Instagram @shahrizanshafie

Terdahulu, sahabat puteri BN seluruh negara menghadiri majlis pelancaran Azalea 2018 yang berlangsung di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana di sini pada Sabtu.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain Farah, penyanyi Fyn Jamal turut menjadi salah seorang artis jemputan untuk pengisian program tersebut.

Farah Nabilah, Titian Cinta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain