Syafiq Kyle Senyum Dicium Peminat - Hiburan | mStar

Syafiq Kyle Senyum Dicium Peminat

Syafiq Kyle terkejut menerima ciuman daripada seorang peminat perempuan. Foto Instagram: @syafiqkylez

PELAKON Syafiq Kyle mendedahkan ada peminat wanita yang tidak dikenali bertindak berani menciumnya ketika dia menyertai satu program jelajah, baru-baru ini.

Menurut Syafiq, 25, kejadian tersebut berlaku ketika dia bertemu peminat di sebuah negeri di kepulauan Borneo.

"Ada satu kejadian ketika sedang menyertai program beramah mesra dengan peminat, tiba-tiba seorang wanita mencium pipi saya.

Syafiq hargai usaha dan sokongan peminat.

"Terkejut jugalah ketika berdepan situasi itu, namun keadaan masih terkawal dan mujurlah tiada apa yang tidak diingini berlaku.

"Saya mampu senyum sahaja, tambahan pula peminat perempuan itu nampak masih kecil lagi, mungkin dia teruja dapat bertemu saya," katanya kepada mStar Online.

Syafiq ditemui ketika menghadiri Anugerah Instafamous 2017 anjuran Hurr.TV yang diadakan di Menara Suezcap, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Syafiq membawa pulang trofi Anugerah Instafamous Adiwira di majlis anjuran Hurr.TV baru-baru ini.

Sementara itu, pelakon drama Mencintaimu Mr Photographer ini berkata kejadian tersebut merupakan antara pengalaman yang tidak mungkin dilupakan sepanjang tahun 2017.

"Kalau tanya pengalaman bersama peminat memang banyak yang indah dan manis untuk dikongsi. Tetapi, kes dicium ini memang saya tak akan lupa.

"Daripada kejadian itu saya boleh nampak betapa peminat begitu menghargai peluang dapat bertemu dengan selebriti pilihan mereka," katanya.

Ada peminat mengharapkan Syafiq dan Hannad Delisha menjadi pasangan kekasih.

Bagaimanapun, pemilik nama nama Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak ini sedar mengenai sensitiviti dan meletakkan batas dalam melayan permintaan peminat.

"Bila berhadapan dengan peminat fanatik begini tak perlu sampai nak marah-marah.

"Sekarang ini pun peminat dah bijak, mereka tahu batas sebelum melakukan sesuatu. Jadi aksi lebih ekstrem jarang berlaku di Malaysia," katanya.

Syafiq Kyle

Artikel Sebelum

Jangan Cari Pasal Kata Zizan

Artikel Berikut

Mira Filzah Tiada Niat Kejar Cinta VIP

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain