suria

“Mana Ada Saya Kahwin?” - AR Badul

A R Badul nafi berkahwin sekali lagi.

PETALING JAYA: Pelakon veteran AR Badul menafikan berita dia mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita muda seperti foto yang tersebar apabila dimuat naik rakan artis pada Sabtu.

Badul, 67, berkata, foto perkahwinan itu diambil ketika mereka sedang menjalani penggambaran sebuah drama komedi berjudulTuyul Ke London baru-baru ini.

"Mana ada kahwin, itu gambar ketika penggambaran drama Tuyul Ke London saja. Saya pun terkejut bila ada rakan-rakan artis yang sebarkan dan ucap tahniah.

"Wanita itu pelakon baru dan membawa watak sebagai isteri saya dalam drama tersebut," ujarnya kepada mStar Online, pada Ahad.

Badul bersama pelakon baharu dalam drama Tuyul Ke London.

Badul diminta mengulas tentang foto perkahwinan yang dimuat naik oleh pelakon Ezany Nazariff pada Sabtu.

Dalam laporan sebuah akhbar, foto berkenaan menjadi tular selepas tersebar di group aplikasi WhatsApps Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) baru-baru ini.

Sementara itu, Badul berkata, dia terkejut apabila dihubungi wartawan berkaitan perkara berkenaan.

"Saya tidak dapat menjelaskan perkara itu kepada pihak wartawan yang hubungi saya semalam kerana ada isteri di sebelah.

"Saya rasa perlu jelaskan kepada isteri saya terlebih dahulu sebelum dia dengar saya bercakap dengan wartawan tentang perkara itu. Saya tidak mahu timbul salah faham pula," ujarnya.

Tambahnya, drama komedi Tuyul Ke London itu bakal ditayangkan menerusi Astro Warna pada Disember depan.

Dalam alam rumah tangga, Badul yang juga anak kepada seniman AR Tompel pernah melalui tujuh kali fasa perkahwinan.

AR Badul, Tuyul Ke London

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain