suria

Fasha Sandha & Nora Danish Saling Sindir-Menyindir, Apa Puncanya?

Laman sosial Nora Danish dan Fasha Sandha menjadi perhatian.

PETALING JAYA: Sejak petang semalam netizen di laman sosial heboh memperkatakan kononnya pelakon Fasha Sandha dihalang daripada menghadiri sebuah majlis anjuran sebuah syarikat pengedar fabrik terkenal.

Situasi itu mula diperkatakan selepas Fasha memuat naik status di Instagram miliknya sambil meluahkan rasa hati apa yang berlaku ke atas dia akibat insiden berkenaan.

Dalam foto dan status laman Instagram Fasha petang Khamis, aktres jelita itu menyindir individu yang dianggap masih tidak berpuas hati dan cemburu dengan kehidupan yang dilaluinya.

Foto dan kapsyen Fasha Sandha pada Khamis.

Namun tidak diketahui status berkenaan ditujukan kepada siapa kerana Fasha tidak menyebut nama individu berkenaan.

Dalam pada itu pelakon Nora Danish pula turut memuat naik status yang turut berbaur sindiran di laman Twitter miliknya. 

Nora juga tidak menyebut nama pihak yang dimaksudkan selain mendedahkan dia sedang memikirkan sama ada untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang dipercayai menyindirnya itu.

Nora juga menulis dia tidak pandai untuk membalas sesuatu perkara di media sosial, namun tidak bermakna dia bersalah.


Status twitter Nora Danish.

"Saya tak reti nak balas di media sosial. Adakah itu menjadikan saya orang yang bersalah.

"Penatnya jadi saya, tak habis habis dicaci maki, kadang-kadang bukan puncanya dari saya pun.

"Ya Allah, kau tenangkanlah hati kami, agar tindakan kami mengikut akal bukan hati. Amin.

"Bila diam orang kata betul, bila balas orang kata sama levelNow I'm just following my heart," tulisnya.

Manakala, pihak pengurusan Nora memberitahu, aktres berkenaan akan mengulas perkara itu dalam sebuah sidang media selepas majlis pertunjukkan fesyen Gaya Raya KL Fashion Week 2017, malam Jumaat.

Nora Danish, Fasha Sandha

Artikel Lain