suria

Eureka Pertaruh Kisah Cinta Sebenar Dalam Single Kedua

Kumpulan Eureka muncul single kedua berjudul Kamu.

PETALING JAYA: Kumpulan Eureka mengetengahkan kisah cinta sebenar salah seorang ahli kumpulan berkenaan dalam single baharu mereka berjudul Kamu.

Vokalisnya, Haris Muhamad berkata, mereka mengambil masa lapan bulan untuk menyiapkan single kedua tersebut bagi memberikan hasil terbaik.

"Lagu ini dilhamkan dari kisah seorang rakan yang kami kenali dan diambil kisahnya sebagai jalan cerita dan kami cuba untuk mengeskpresikan rasa tersebut dalam sebuah lagu.

"Saya akui lagu ini mempunyai feel yang berat berbanding lagu sebelum ini, selain ia turut diterapkan dengan pelbagai elemen muzik yang kami rasa mampu untuk melahirkan identiti Eureka itu sendiri", ujarnya.

Eureka turut dianggotai oleh Joy Fikri (pemain bass) dan Raja (pemain dram).

Proses rakaman single tersebut dilakukan di E Studios Production, dekat sini yang bermula daripada peringkat demo, rakaman, sehingga ke proses adunan bunyi.

Bernaung di bawah pengurusan Stereoactive, Eureka juga merancang untuk menghasilkan muzik video untuk single Kamu dalam masa terdekat.

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2015 sebelum ini pernah muncul dengan single pertama mereka yang berjudul Kejari Pelangi di awal tahun 2016.

Eureka, Kamu

Artikel Lain