suria

Bell Ngasri Berimaginasi Untuk Hidupkan Watak

Bell Ngasri bakal muncul dengan filem terbaharu, Cicakman 3.

PETALING JAYA: Pelakon Bell Ngasri memberitahu bahawa dia perlu banyak berimaginasi bagi menghidupkan watak dalam filem adiwira Cicakman 3 yang bakal ditayangkan bermula 12 Mac depan.

Bell atau nama sebenarnya Nasrizal@Ngasrizal Ngasri, 35, berkata, ia berikutan penggambaran banyak dilakukan menggunakan skrin hijau untuk kesan imej grafik berkomputer (CGI).

"Saya harus banyak bermain dengan imaginasi serta mewujudkan benda yang tiada tetapi diadakan supaya dapat menjayakan watak yang dilakokan.

"Ini merupakan sesuatu yang mencabar bagi diri saya dalam membawa watak supaya dapat memenuhi kehendak pengarah kerana saya hanya berlakon menggunakan skrin hijau sahaja," katanya ketika ditemui pada tayangan perdana filem Cicakman 3 di Cathay Cineleisure, di sini, malam Selasa.

Bell membawakan watak sebagai Jojo yang yang merupakan kawan baik kepada Man lakonan Zizan Razak.

Filem tersebut turut dibintangi oleh Lisa Surihani, Fizz Fairuz, Rykarl Iskandar, rashidi Ishak dan Adam Corrie.

Sementara itu, kata Bell lakonan bersama Zizak membantu menghidupkan lagi karekter yang dibawanya.

"Saya juga banyak bertukar pendapat dengan pengarah dan pelakon bagi menghidupkan watak yang dibawa serta memberi kepuasan kepada lakonan.

"Para pelakon lain kesemua mereka itu pandai untuk berlawak jadi memudahkan saya dalam menjiwai watak tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Bell berkata, pengarah turut memberi kelonggaran serta bertukar-tukar pendapat bagi membentuk sebuah karakter yang dapat menghiburkan penonton.

"Saya hanya melakukan yang terbaik jika diterima alhamdulillah dan sepanjang pengambaran saya juga banyak bertukar pendapat dengan pengarah bagi menghidupkan watak yang dibawa," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, bell menceritakan bahawa sekarang sedang sibuk untuk mempromosikan filem Cicakman 3 dan sedang menjalani pengambaran untuk rancangan Gerak Khas.

Bell Ngasri, Cicakman 3.

Artikel Lain