suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

HyppTV Tayang Drama Popular 'Extant' Secara Eksklusif

Halle Berry

PETALING JAYA: Saluran HyppTV bakal menyiarkan secara eksklusif drama bersiri terbaharu arahan Steven Spielberg berjudul Extant bermula 6 Januari depan.

Ia akan bermula pukul 9.55 malam menerusi RTL CBS Entertainment HD, saluran 616.

Timbalan Presiden, Perniagaan dan Operasi Media TM, Emily Wee berkata, drama ini merupakan siri popular yang masih lagi ditayangkan di luar negara dan dilakonkan oleh bintang terkenal Halle Berry.

"Drama ini akan ditayangkan secara eksklusif di HyppTV pada 6 Januari depan. Ia merupakan drama siri popular yang masih lagi ditayangkan di luar negara.

"Selain ia diarahkan oleh Steven Spielbergh, drama ini juga dibarisi oleh pelakon hebat yang pernah memenangi anugerah berprestij dalam bidang lakonan seperti Halle Berry, Goran Visnjic,Pierce Gagnon dan Hiroyuki Sanada," ujarnya kepada mStar Online.

Majlis tayangan eksklusif media diadakan di TGV One Utama, di sini, Selasa.

Ia dihoskan oleh pelakon dan model Stephanie Carrington.

Drama dengan genre sains fiksyen ini mengisahkan tentang seorang angkasawan wanita iaitu Molly Woods lakonan Halle Berry mengalami sesuatu yang aneh apabila didapati hamil 14 minggu ketika berada di angkasa.

Molly juga berhadapan masalah dengan suaminya John Woods yang mencipta robot seperti manusia yang dianggap seperti anak mereka sendiri.

Saluran RTL CBS Entertaiment boleh dilanggan di HyppTV dengan harga RM9 sebulan.

Artikel Lain