suria

Tiket Konsert Mariah Carey RM150 Habis Dijual

Mariah Carey

PETALING JAYA: Tiket bernilai RM150 bagi menyaksikan konsert  Mariah Carey di Stadium Merdeka dekat sini pada 22 Oktober ini sudah habis dijual.

Jurucakap IME Productions Sdn Bhd dalam satu kenyataannya keapda mStar Online menjelaskan, ia berikutan keterujaan orang ramai bangi menyaksikan persembahan artis berkenaan.

Bagaimanapun penjualan tiket untuk lain-lain harga iaitu RM680, RM580, RM480 dan RM380  masih lagi dibuka yang boleh didapati menerusi ejen jualan tiket rasmi iaitu www.ticketcharge.com.my atau menghubungi TicketCharge ditalian 03-9222-8811.

Konsert yang diberi nama  Mariah Carey ‘The Elusive Chanteuse Show’ Tour In Malaysia 2014 adalah anjuran  IME Productions dan disokong oleh Malaysia Major Events, sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.  

 

 

Mariah Carey

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain