suria

MIG Beri Masa Setahun 'Tapis' Artis Baharu

David Teo beri tempoh setahun kepada artis-artis baharu dibawah naungan MIG.
PETALING JAYA: Syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) memberi peluang kepada 15 orang untuk menjadi artis baharu setiap tahun, bernaung di bawah syarikat tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo berkata, bakat baru itu akan ditapis dan diberi tempoh percubaan selama setahun sama ada untuk terus kekal atau tidak bersama produksinya.

"Setiap tahun kita akan ambil sebanyak 15 orang artis baharu untuk bernaung bawah MIG, kita akan beri mereka tempoh setahun untuk tempoh tapisan.

"Sebanyak empat perkara kita akan ambil kira dalam tempoh setahun itu iaitu disiplin, kesungguhan mereka untuk menjadi artis, kontroversi yang terkait dan respons masyarakat kepada mereka. Jika masyarakat tidak suka juga... ia tidak bagus untuk promosi filem," katanya kepada mStar Online.


Intan Ladyana antara artis yang masih kekal bawah naungan MIG.

Tambah David buat masa ini syarikat tersebut mempunyai lebih 35 orang artis.

Katanya, setiap kontrak yang dikeluarkan adalah selama lima tahun, bagaimanapun ia bergantung kepada artis tersebut.

"Kebiasaan mereka akan tandatangan kontrak selama lima tahun, namun terpulang kepada mereka jika mahu keluar lebih awal ikut budi bicara.

"Setakat ini, setiap tahun 30 peratus akan terus bersama kami," ujarnya.

Farid Kamil merupakan artis lelaki paling lama berada dibawah naungan MIG. 


Dalam pada itu, menyentuh soal kontrak, David berkata, dia masih menggunakan kontrak dan syarat yang sama seperti sebelum ini.

Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang diubah suai menjadi lebih terperinci.

"Syarat masih sama seperti dahulu cuma ada beberapa syarat yang kita perbaiki mengikut beberapa pengalaman artis sebelum ini yang melanggar kontrak.

"Atas nasihat peguam, kita letakkan harga ganti rugi mengikut kemampuan dan nilai filem yang kita beri pada mereka," ujarnya.

Antara artis dibawah naungan MIG ialah Farid Kamil, Intan Ladyana, Zalif Sidek, Nina Iskandar, Adibah Yunus, Atikah Shuhaimi, Niezam Zaidi dan Azwan Kombos,
MIG, David Teo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain