suria

'Havoc' Bukti Joe Flizzow Mampu Rap Lagu Melayu

Joe Flizzow ingin membuktikan bahawa tanggapan itu salah dan kini dia muncul dengan album terbaharu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya berjudul Havoc. Foto IZZRAFIQ ALIAS
Joe Flizzow ingin membuktikan bahawa tanggapan itu salah dan kini dia muncul dengan album terbaharu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya berjudul Havoc. Foto IZZRAFIQ ALIAS
Joe Flizzow ingin membuktikan bahawa tanggapan itu salah dan kini dia muncul dengan album terbaharu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya berjudul Havoc. Foto IZZRAFIQ ALIAS

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap dan komposer Joe Flizzow terkejut apabila mendapat respons daripada segelintir pihak mengatakan dia tidak tahu menyanyi rap dalam bahasa Melayu.

Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 35, berkata, kerana itu dia ingin membuktikan bahawa tanggapan itu salah dan kini dia muncul dengan album terbaharu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya berjudul Havoc dengan menampilkan sebanyak 14 lagu.

"Pernah sekali saya ditanya oleh salah seorang peminat 'adakah saya tidak boleh menyanyi rap dalam bahasa Melayu'? Dan ramai lagi bertanyakan soalan sama.

"Sudah tentunya boleh kerana saya berbangsa Melayu. Dan sebagai ingin membuktikannya, saya tampil dengan Havoc," katanya.

Joe ditemui pada majlis pelancaran album Havoc serta persembahan mini di Lust KL, di sini pada Sabtu.

Tambah Joe, dia berharap, menerusi album tersebut, dia dapat mengubah persepsi masyarakat mengenai kebolehannya berbahasa Melayu.

Havoc merupakan kesinambungan kepada album President yang dilancarkan pada tahun 2009 dengan menampilkan sebanyak 14 buah lagu dengan kerjasama Altimet, SonaOne, Syaheed, Ajai, DJ Biggie dan Yasin.

"Saya percaya bahawa album ini bakal menawarkan sesuatu yang baru dan dinamik kepada hip-hop Malaysia daripada segi bunyi, bahasa dan gaya.

"Lebih-lebih lagi penggunaan bahasa yang saya gunakan adalah bahasa percakapan masyarakat zaman kini, dan ia akan menjadi lebih dekat dengan pendengar," ujarnya.

Dalam pada itu, Havoc turut menampilkan kolaborasinya dengan lagenda rock, Amy Search menerusi lagu takbir Cinta dan penyanyi Indonesia, Datuk Rossa (Katakan).

Selain itu, antara lagu-lagu yang dimuatkan termasuklah Ucapan Terakhir Presiden, Iller-Iller, Havoc, Untukmu, Baek, Satu Kali, Lu Lari, Kongsi, Aku Tak Kenalmu, Apa Khabar, Air Mata dan Apa Benar.

Artikel Berikut

Artikel Lain