suria

Sharnaaz Ahmad Tidak Terdesak Cari Pengganti Shila Amzah

Sharnaaz selesa memberikan tumpuan kepada lakonan buat masa ini.
Sharnaaz selesa memberikan tumpuan kepada lakonan buat masa ini.
Sharnaaz selesa memberikan tumpuan kepada lakonan buat masa ini.

PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad tidak terdesak untuk mencari pengganti bekas kekasihnya penyanyi Shila Amzah bagi mengisi kekosongan di hatinya.

Sharnaaz, 28, berkata, buat masa ini dia selesa tanpa kekasih kerana dengan itu dia dapat memberi tumpuan kepada kerjaya lakonannya yang semakin berkembang.

"Saya tidak terdesak untuk mencari pasangan buat masa ini kerana ia bukan keutamaan pada saya sekarang tambahan pula saya selesa dengan keadaan sekarang.

"Buat masa ini biarlah saya memberi tumpuan kepada lakonan dan soal cinta biarlah dulu," katanya kepada mStar Online.

Dalam perkembangan sama, Sharnaaz berkata, dia tidak menafikan sebelum ini dia mengalami kesukaran untuk pulih kesan daripada perpisahan tersebut.

Namun kata Sharnaaz, sepanjang tempoh itu juga dia sentiasa bermuhasabah diri tentang kejadian yang berlaku di antara mereka.

"Semasa awal perpisahan saya akui rasa sunyi dan kekosongan itu ada sehingga saya tidak keluar rumah untuk berjumpa orang kecuali yang terdekat dengan saya sahaja.

"Tetapi apabila difikirkan kembali jodoh saya dengan Shila tidak panjang dan kini saya tidak langsung menyimpan sebarang dendam," jelasnya.

Tambah Sharnaaz, dia juga bersyukur rezekinya dalam bidang lakonan mencurah-curah walaupun terpalit dengan pelbagai kontroversi.

"Ada hikmah pada setiap kejadian yang berlaku dan Alhamdulillah rezeki saya mencurah-curah sehingga kadang-kala saya terpaksa tolak," katanya.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz berkata, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta gandingannya dengan Nelydia Senrose selain bakal muncul dengan filem Dollah Superstar.

Artikel Lain