suria

Jennifer Hudson Tidak Minum Alkohol, Ambil Dadah

Jennifer bakal muncul sebagai wanita penagih dadah dalam filem The Inevitable Defeat Of Mister And Pete
Jennifer bakal muncul sebagai wanita penagih dadah dalam filem The Inevitable Defeat Of Mister And Pete
Jennifer bakal muncul sebagai wanita penagih dadah dalam filem The Inevitable Defeat Of Mister And Pete

PELAKON dan penyanyi Jennifer Hudson mendedahkan dia tidak pernah mengambil sebarang minuman beralkohol atau dadah sepanjang hidupnya.

Jennifer, 31, berkata, atas sebab itu juga dia merasakan peranannya sebagai seorang penagih alkohol dan dadah dalam filem The Inevitable Defeat Of Mister And Pete amat sukar untuk dilakonkan.

"Ia menakutkan saya untuk melakonkan watak tersebut kerana saya tiada rujukan tertentu. Saya berumur 31 tahun dan sehingga kini belum pernah mencuba minuman beralkohol atau pun mengambil dadah.

"Saya lebih gemar minum air mineral atau pun Coke," katanya kepada majalah Manhattan.

Dalam pada itu, Jennifer berkata, walaupun sibuk dengan aktiviti lakonan namun dia masih berhasrat untuk melancarkan album terbaharunya dalam masa terdekat ini.

Jelasnya, dia masih belum melupakan bidang nyanyian kerana itu adalah cinta pertamanya dalam bidang seni.

"Saya bermula sebagai penyanyi dan akan terus menyanyi malah saya kini sedang dalam proses untuk merakamkan album terbaharu," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain