Shaheizy Sam Beri Hadiah Barang Kemas Kepada Ibu - Hiburan | mStar

Shaheizy Sam Beri Hadiah Barang Kemas Kepada Ibu

Shaheizy Sam (kiri) menerima replika kunci kereta  Nissan 370Z Coupe yang dimenanginya sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2012 daripada Mior Kamarul Shahid.
Shaheizy Sam (kiri) menerima replika kunci kereta Nissan 370Z Coupe yang dimenanginya sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2012 daripada Mior Kamarul Shahid.

SUBANG JAYA: Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) iaitu pelakon Shaheizy Sam menghadiahkan set barang kemas tajaan Habib Jewels yang dimenangi khas buat ibunya, pelakon Khaty Fauziah.

Sam, 31, berkata, dia sudah berhajat untuk memberi hadiah bernilai RM150,000 itu kepada ibunya yang menjadi penyokong utamanya sejak dia bergelar pelakon.

"Beliau adalah penyokong setia dan pemangkin semangat saya. Tanpanya tidak adalah saya di sini.

"Jujurnya saya tidak mampu membalas jasanya yang cukup besar. Cuma hadiah kemenangan di ABPBH ini memang saya ingin berikan kepadanya," jelas Sam ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang –pemenang ABPBH 2012 di Hotel Holiday Villa di sini, Selasa.

Hadiah disampaikan oleh Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH), Datuk Meor Mior Kamarul Shahid.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengarang BH, Mahfar Ali dan Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan BH, Hanizam Abdullah

Selain barang kemas, Sam turut menerima sebuah kereta Nissan 370Z Coupe tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.

Pada ABPBH 2010, Sam turut memenangi anugerah serupa sehingga melayakkan dia membawa hadiah kereta Nissan Teana 2.0L bernilai RM140,000 dan barangan kemas Rafflesia Mandalay (edisi terhad) serta beberapa hadiah iringan lain.

Mengenai hadiah kereta Nissan yang dimenanginya Sam berkata, kenderaan itu akan digunakan untuk aktiviti seharian dan tidak berhasrat untuk menjual atau memberikannya kepada orang lain.

Dalam pada itu, kumpulan rock popular Search yang mendapat Anugerah Sepanjang Hayat pada majlis tersebut turut menerima penghargaan daripada pihak Berita Harian.

Pemenang bagi 16 kategori lain yang dipertandingkan turut memenangi pelbagai hadiah menarik daripada pihak penganjur seperti Habib Jewels dan Jamu Mak Dara.

Sementara itu seorang pembaca, Norhana Nazidin menjadi individu bertuah apabila berjaya membawa pulang sebuah kereta Nissan Almera sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.

Selain itu, Norhana turut membawa pulang barang kemas Habib Jewels dan tiket pelayaran 4 hari 3 malam di atas kapal SuperStar Libra tajaan Star Cruise Travel Sdn Bhd.

Dalam perkembangan sama, ABPBH 2012 turut menyampaikan Anugerah Khas kepada artis yang memberikan komitmen sepanjang siri jelajah acara itu.

Artis yang menerima anugerah berkenaan adalah Aaron Aziz, Didie Alias, Emma Maembong, Hanez Suraya, Johan As'ari, Shah Iskandar dan Sleeq.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain