suria

Shaheizy Sam Bintang Paling Popular ABPBH 2012

Pelakon Shaheizy Sam mengungguli Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012). Dia turut menerima trofi Pelakon Lelaki Filem Popular pada acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam Ahad.
Pelakon Shaheizy Sam mengungguli Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012). Dia turut menerima trofi Pelakon Lelaki Filem Popular pada acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam Ahad.
Pelakon Shaheizy Sam mengungguli Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012). Dia turut menerima trofi Pelakon Lelaki Filem Popular pada acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam Ahad.

KUALA LUMPUR: Pelakon Shaheizy Sam dipilih sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) apabila mengungguli undian tertinggi pada majlis tersebut dengan iaitu sebanyak 79,656 undi.

Shaheizy turut menerima trofi Pelakon Filem Lelaki Popular pada acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, malam Ahad.

Ia adalah kemenangan kedua buat pelakon itu selepas memenangi Bintang Paling Popular pada 2010.

Kemenangan itu membolehkan Sam membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Nissan Coupe 370Z sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd dan barangan kemas sumbangan Habib Jewels bernilai RM150,000.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada kumpulan Search sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasa mereka dalam bidang muzik selama 32 tahun.

Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Hot FM.

Dalam pada itu, Yana Samsudin mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sementara Hafiz menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi oleh Black dan Malique yang manakala Penyanyi Wanita Popular dirangkul oleh Shila Amzah.

Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Aaron Aziz dan Nabila Huda.

Hero drama bersiri Vanilla Coklat, Aiman Hakim Ridza memenangi Artis Baru Lelaki Popular, manakala Wawa Zainal meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular.

Pelakon dan pengacara, Didie Alias pula merangkul Artis Komedi Wanita Popular, manakala Zizan Razak memenangi Artis Komedi Lelaki Popular.

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana dari stesen Hot FM.

Fara juga berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular pada tahun ini.

Manakala Datuk Aznil Nawawi kembali merampas gelaran Pengacara TV Lelaki Popular yang disandang oleh Zizan Razak tahun lalu.

Bagaimanapun pengacara terkenal menerusi program Macam-Macam Aznil itu tidak hadir untuk menerima trofi kemenangannya.

Acara gilang gemilang itu diacarakan oleh Johan, Fara Fauzana dan Zizan Razak selain beberapa pengacara jemputan seperti Awi Rafael, Hanes Suraya, kumpulan Forteen, Emma Maembong dan Iqram Dinzly.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan daripada artis seperti Adira, Asmidar, Datuk AC Mizal, Projek Pistol, Ziana Zain, Ella, Datuk M.Nasir dan sebagainya.

ABPBH 2012 edisi ke-26 anjuran Berita Harian adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.

Senarai penuh pemenang ABPBH-2012

1) BINTANG PALING POPULAR: Shaheizy Sam

2) PENYANYI LELAKI POPULAR: Hafiz

3) PENYANYI WANITA POPULAR: Shila Amzah

4) ARTIS DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: Black & Malique

5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: Aiman Hakim Ridza

6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: Wawa Zainal

7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: Shaheizy Sam

8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: Yana Samsudin

9) PELAKON TV LELAKI POPULAR: Aaron Aziz

10) PELAKON TV WANITA POPULAR: Nabila Huda

11) ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR: Zizan Razak

12) ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR: Didie Alias

13) PENGACARA TV LELAKI POPULAR: Datuk Aznil Nawawi

14) PENGACARA TV WANITA POPULAR: Fara Fauzana

15) PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR: Faizal Ismail

16) PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR: Fara Fauzana

ANUGERAH KHAS

1) ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: Kumpulan Search

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain