suria

Katon Bagaskara Sahkan Bercerai Disember Lalu

Ira dan Katon Bagaskara - foto Detik.hot
Ira dan Katon Bagaskara - foto Detik.hot
Ira dan Katon Bagaskara - foto Detik.hot

JAKARTA: Pemuzik dan penyanyi Katon Bagaskara akhirnya mengeluarkan kenyataan soal penceraiannya dengan Ira Wibowo setelah berumah tangga hampir 17 tahun.

Dia mengakui melalui akaun Twitter miliknya bahawa mereka sah bercerai sejak Disember lalu.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Lara Hati ini meminta maaf kerana merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan umum.

Bagaimanapun dia dan Ira masih berhubung demi anak-anak.

"Kami telah berpisah sejak Disember lalu. Maaf kerana tidak berdiam diri. Kami tetap berhubung kerana dia tetap isteri kepada anak-anak saya," katanya pada Jumaat.

Dalam pada itu, melalui satu sumber, pasangan ini bercerai secara rasmi pada 18 Disember lalu. Manakala hak jagaan anak diberikan kepada bekas isterinya, Ira.

Artikel Lain