suria

Selebriti Bukan Kekasih Pilihan Emma Watson

Emma Watson.
Emma Watson.
Emma Watson.

PELAKON jelita, Emma Watson tidak mahu mencari kekasih di kalangan artis ternama kerana bimbang tidak akan bahagia jika berkahwin.

Emma, 22, berkata, setakat ini dia belum terfikir untuk mencari kekasih di kalangan selebriti mahu pun lelaki yang terlibat secara langsung dalam dunia hiburan sebaliknya mahu menumpukan perhatian kepada pelajaran.

"Seboleh-bolehnya saya tidak mahu bercinta dengan orang terkenal dan rasanya saya lebih sesuai dengan lelaki biasa," katanya seperti dilaporkan oleh Digital Spy.

Emma memberitahu dia berharap akan bertemu dengan seorang lelaki biasa di kampusnya untuk dijadikan kekasih.

Pelakon terkenal itu sebelum ini pernah bercinta dengan Will Adamowicz dan ikatan percintaan mereka tidak kekal lama.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain