suria

Yana Samsudin Lawan Musuh Demi Keluarga

Yana Samsudin
Yana Samsudin
Yana Samsudin

PETALING JAYA: Pelakon Yana Samsudin sanggup menggadai nyawa berlawan dengan musuh demi menyelamatkan ayah dan adiknya.

Kesanggupan itu dapat dilihat menerusi lakonan Yana sebagai Manja beraksi menewaskan musuh dapat dilihat menerusi drama Bini-Bini Perkasa yang diadaptasikan daripada filem Bini-Biniku Gangster mulai 3 September 2012, setiap Isnin pukul 9 malam menerusi slot Aksi TV3.

Mengisahkan tentang Manja yang terpaksa menolak lamaran Hairi (Fezrul Khan) kerana berasal dari keluarga gangster.

Berkat usaha adik Manja, Eddie (Nizam Zaidi), akhirnya Manja dan Hairi berbaik semula dan berkahwin. Rumah tangga mereka mula bergolak apabila Din Unta (Fadzil Zahari) cuba membunuh ayahnya untuk merampas kuasa. Manja terpaksa campur tangan.

Dari dulu Manja tidak suka dengan pekerjaan serta cara hidup ayahnya sebagai gangster. Dia telah meninggalkan keluarganya dan membuka kedai bunga. Namun, atas amanat arwah ibunya, Manja bersetuju untuk kembali ke pangkuan keluarga demi menjaga ayah dan adik lelakinya itu.

Memandangkan Eddie merupakan seorang lelaki yang berjiwa sensitif dan mudah tersentuh hatinya, Manja terpaksa bertindak sebagai ketua dan bersiap sedia menentang musuh ayah dan adiknya.

Selepas ayah Manja diserang oleh Din Unta sehingga mengakibatkan koma, Manja bukan sahaja perlu berdepan dengan pelbagai masalah yang dicetuskan oleh musuhnya itu tetapi juga masalah dengan suaminya, Hairi yang tidak memahami keadaannya.

Hairi bersikap dingin terhadap Manja kerana kecewa dengan penglibatan Manja dalam kegiatan gangster.

Demi cintanya pada Hairi, Manja telah melamar Riana (Intan Ladyana) untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya. Manja berharap Riana mampu memberi zuriat kepada Hairi, sekaligus menyelamatkan kemelut perkahwinan mereka.

Din Unta mula goyah dengan pengaruh Manja dan semakin terdesak untuk menghapuskannya. Akhirnya, Din bersubahat dengan Ringgo untuk menculik Hairi.

Penonton yang terlepas menyaksikan drama 13 episod ini boleh menonton melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain