suria

Azmir Arif Dapat Enam Undangan Nyanyian Di Singapura

Azmir muncul dengan single berjudul Pulang Ke Desa bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri.
Azmir muncul dengan single berjudul Pulang Ke Desa bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri.
Azmir muncul dengan single berjudul Pulang Ke Desa bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri.

PETALING JAYA: Penyanyi Azmir Arif meluahkan rasa gembira apabila di undang untuk mengadakan enam persembahan di Singapura bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Azmir, 29, berkata, dia sangat terharu kerana penerimaan masyarakat di negara kota singa itu yang cukup baik dan terbuka di sebalik kekurangan pada dirinya.

"Masyarakat tidak pernah memandang serong terhadap masalah sengau yang saya hadapi sebaliknya melihat perkara itu sebagai unik.

"Saya bertuah kerana di sebalik kekurangan peminat tidak pernah memandang itu sebagai satu halangan untuk mereka menikmati lagu-lagu yang dibawa

"Saya agak terkejut juga mendapat enam tawaran nyanyian sekali gus tetapi ini adalah petanda baik buat kerjaya saya," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Azmir, walaupun sering mendapat undangan nyanyian di Singapura, itu tidak bererti dirinya sudah popular sebaliknya menganggap ia sebagai rezeki buatnya.

Dalam pada itu, Azmir berkata dia sebenarnya lebih selesa jika menyanyi di negara sendiri dan berharap suatu hari nanti masyarakat dan peminat akan memberikan perhatian terhadapnya.

Dia sebolehnya mahu membina nama di negara sendiri terlebih dahulu sebelum melebarkan sayap di peringkat lebih jauh.

"Memang seronok dapat bekerja di luar negara dan diterima oleh masyarakat luar tetapi jauh di sudut hati saya mahu mengecap kejayaan di negara sendiri," ujarnya.

Bercakap mengenai sambutan Hari Raya, Azmir memberitahu dia hanya sempat menghabiskan cuti di Pulau Pinang selama empat hari sebelum berangkat ke Singapura.

Walaupun cutinya singkat tetapi dia masih berpeluang bertemu sanak saudara dan sahabat handai bagi meraikan hari lebaran.

"Tiada apa yang berbeza sambutan hari raya sama seperti tahun-tahun yang lalu. Apa yang penting ziarah menziarahi dan saling bermaaf-maafan," katanya.

Sudah pun muncul dengan single terbaru berjudul Laila One More Time yang berkonsepkan muzik k-pop, Azmir turut melancarkan lagu bertemakan Hari Raya khas buat peminatnya berjudul Pulang Ke Desa.

Selain Laila One More Time, Azmeer juga pernah muncul dengan lagu seperti Misteri Cinta Sakti, Zapin Kelana dan Maafkan Aku.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain