Ally Iskandar Sedia Timang Anak Selepas Isteri Tamat Belajar - Hiburan | mStar

Ally Iskandar Sedia Timang Anak Selepas Isteri Tamat Belajar

Ally merancang untuk menimang cahaya mata selepas isterinya tamat pengajian di luar negara.
Ally merancang untuk menimang cahaya mata selepas isterinya tamat pengajian di luar negara.

PETALING JAYA: Personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi hanya akan sedia menimang cahaya mata selepas isterinya iaitu Nurfarahin Romli atau Farah Lee tamat pengajiannya di luar negara.

Ally, 36, berkata, dia tidak mahu tumpuan isterinya yang sedang menuntut dalam bidang keputeraan mekanikal di Universiti In Ha, Korea Selatan itu terganggu tambahan pula mereka berjauhan.

"Buat masa ini kami memang merancang dan membiarkan isteri tamat pengajian terlebih dahulu sebelum membina keluarga. Bukan apa kami berdua berjauhan dan jika dia mengandung tiada siapa pula yang dapat tengok dia di Korea," ujarnya kepada mStar Online.

Ally berkata, Farah Lee masih mempunyai baki satu semester dan dijangka akan menamatkan pengajiannya pada penghujung tahun ini.

Dalam pada itu, Ally berkata, dia tidak berasa kekok terpaksa tinggal bersendirian di Kuala Lumpur kerana sepanjang ketiadaan isteri dia akan menyibukkan diri dengan kerja.

Ally memberitahu, isterinya akan kembali ke tanah air pada setiap kali cuti semester dan ada kalanya Ally sendiri akan terbang ke negara itu untuk bertemu Farah Lee.

"Rindu memang rindu tetapi saya harus bersabar dan berkorban buat ketika ini dan biarkan dia menghabiskan pengajiannya terlebih dahulu.

Bakal berhari raya bersama isteri di Kuala Terengganu selepas hampir sepuluh tahun tidak berbuat demikian, Ally berkata dia sangat teruja untuk menyambut kedatangan Aidilfitri bersama keluarga dan isteri.

Ally bernasib baik kerana rumahnya dan keluarga isteri terletak tidak jauh bagi membolehkan kedua-dua belah pihak bertemu.

"Alhamdulillah raya tahun ni isteri pun balik bercuti selama tiga bulan dan dapatlah menyambut Hari Raya bersama-sama sebagai pasangan suami isteri," katanya.

Ally dan Farah Lee bernikah pada 20 Januari lalu dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Aqasha Punyai Bakat Menganyam Ketupat

Artikel Berkaitan

default image

Ibu Bapa Kristen Stewart Bercerai

default image

Yana Samsudin Lawan Musuh Demi Keluarga

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain