Ana Dahlia & Chef Riz Terus Usaha Dapat Zuriat - Hiburan | mStar

Ana Dahlia & Chef Riz Terus Usaha Dapat Zuriat

Ana Dahlia. Foto ART CHEN
Ana Dahlia. Foto ART CHEN

PETALING JAYA: Kesibukan terhadap kerjaya di antara Ana Dahlia dan suaminya Chef Riz bukan penghalang untuk mereka terus berusaha mendapatkan zuriat pertama selepas tujuh bulan berkahwin.

Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 29, berkata dia dan suami amat berbesar hati untuk menimang cahaya mata sekiranya dikurniakan rezeki itu dalam masa terdekat ini walaupun mereka sibuk dengan komitmen kerja masing-masing.

“Jika ada (anak), kami terima dengan besar hati tetapi masalahnya sehingga kini masih belum ada rezeki. Sehingga kini kami tidak berputus asa berikhtiar ke arah itu.

“Saya memang sibuk dengan komitmen lakonan, begitu juga Riz dengan restoran Flavours yang baru dua bulan beroperasi. Namun, ia bukan alasan untuk tidak mengembangkan keluarga,” katanya ketika ditemui mStar Online.

Ana sah bergelar isteri kepada Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan, 31, pada 11 Disember tahun lalu.

Sambung Ana, atas kesedaran itu juga dia dan suami dihadiahkan percutian berbulan madu di Greece pada bulan lalu oleh bapa mertuanya, Chef Wan.

“Tiada siapa di kalangan ahli keluarga yang pernah mendesak kami segera mendapatkan anak kerana mereka begitu memahami.

“Cuma, saya menjadi terharu dan menghargai kejutan yang diberikan bapa mertua dengan menaja hadiah berbulan madu kami di Greece selama dua minggu pada bulan lalu. Selain melancong, kami dapat menghabiskan lebih banyak masa berdua,” katanya.

Terbaru, Ana berkata dia kini terikat dengan penggambaran drama bersiri berjudul 7 Ramadan arahan Shahrulezad Mohamedin untuk slot Samarinda bermula 19 Julai ini di TV3.

“Pembabitan dalam drama ini sungguh luar biasa. Saya menimba pengalaman baru dan benar-benar terkesan daripada naskhah ini.

“Banyak yang saya belajar khususnya ketika berlakon bersama Elly Suriati. Dia pelakon hebat yang membantu penghayatan watak saya daripada lakonannya,” katanya yang baru menamatkan komitmen drama Andai Ku Tahu (TV9).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anak Sylvester Stallone Ditemui Mati

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain